REDA sekejap isu banjir, minggu lalu ‘1Malaysia’ heboh gara-gara aksi beberapa orang gadis bertudung litup naik ke pentas dan berpelukan – juga berciuman – dengan artis K-Pop B1A4, dalam satu konsert di Kuala Lumpur.
Video dua minit aksi yang dianggap melampau itu telah menjadi viral, dan semua pihak – daripada ulama besar hingga ulama sambilan di warung teh tarik – menghentam hebat gadis Islam yang dikatakan terlajak laku itu.
Hatta beberapa orang menteri pun tumpang sekaki memberi komen. Antaranya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang melalui Twitternya bernada sinis terhadap artis lelaki dari Korea Selatan itu.
Kata beliau: “Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tinggi, gelap dan kacak. Bukan pucat, kurus dan ‘jambu’. Itu bukan lelaki sejati.”
Maka saya teringat zaman gila-gila remaja setengah abad lalu, ketika Pop Yeh-Yeh melanda ‘satu Malaya’. Saya baru di tingkatan empat, dan asyik sangat dengan ledakan apa yang dipanggil kumpulan gitar rancak @ kugiran.
Saya ingat semua nama kugiran – sebahagiannya berpangkalan di Singapura – juga hafal nama anggota dan penyanyinya. Antara kugiran yang selalu mengasak fikiran saya ialah The Siglap Five, The Rythmn Boys, The Sangam Boys, De Fictions dan banyak lagi.
Sebut saja apa lagu saya tahu siapa penyanyinya. Seruling Anak Gembala penyanyinya Jeffrydin, Aku Anak Tani (A. Ramlee), Nga Lompak A-Go-Go (Kasim Selamat), Jandaku (Halim Yatim), Musafir di Aidilfitri (S. Jibeng), Kereta Lembu (Helen Velu), Cincin Kenangan (J. Kamisah), dan banyak lagi.
Pendek kata bagi saya mengingat lagu-lagu dan nama-nama penyanyi jauh lebih mudah – dan lebih bersemangat – daripada menghafal sifir tujuh atau sifir sembilan. Sampai sekarang pun saya tidak dapat menghafal sifir berkenaan!
Lebih setengah abad dulu, satu-satunya sumber hiburan di kampung saya yang dianggap ‘tempat jin bertendang’ itu ialah radio. Hanya ada satu stesen, iaitu Radio Malaysia Kuala Lumpur. Ada gelombang pendek, gelombang sederhana, gelombang panjang, entah apa-apa, saya tidak faham.
Menerusi radiolah saya mengetahui, dan menggilai, Pop Yeh-Yeh. Satu program radio, Penyanyi Pujaan Minggu Ini amat saya minati. Program sejam sebelah petang itu tidak boleh tertinggal, walaupun itu bererti saya kena rotan sebab ponteng kelas tambahan.
Maka gila sakanlah saya apabila satu hari diberitahu satu stage show Pop Yeh-Yeh akan diadakan di padang sekolah tempat saya. Antara tarikan seperti dalam poster yang ditampal di pokok dan tiang lampu ialah A. Ramlee, S. Roha, A. Halim dan pelawak Alias Kongo.
Walaupun harga tiket RM1 (ketika itu dianggap mahal), padang sekolah mula sesak sebelum waktu Maghrib. Mesti dia orang – termasuk saya – tidak solat! Lebih baik mengaku, kalau solat pun pasti tidak boleh khusyuk, sebab teringat S. Roha.
Persembahan dua jam itu amat meriah. Penonton menjerit macam kena sawan setiap kali lagu dan penyanyi berganti. Rasanya kalau artis-artis itu menyanyi sampai ke subuh pun saya sanggup menunggu. Kantoi ujian bulanan pun tidak mengapa.
Apabila tamat persembahan, ramai penonton – termasuk saya! – hilang sabar, juga hilang sopan, lalu melompat naik ke pentas menyerbu artis. Bukan sahaja memeluk, tetapi ramai yang mengeroyok artis, sambil menjerit macam kena polong.
Kalau tidak kerana dikawal ketat oleh petugas keselamatan, pasti saya berjaya memeluk S. Roha. Tetapi, dalam kawalan ketat pun saya berjaya juga merentap tangannya.
Kesimpulannya: Baik masa kini mahupun zaman silam, kegilaan remaja terhadap muzik pop sama sahaja.
Bezanya zaman saya dulu tidak ada media sosial, juga tidak ada selfie. Kalau tidak pasti kegilaan saya itu telah dirakam dan viral. Kalau nasib tidak baik, saya akan dipanggil dan disoal siasat oleh pihak berkuasa agama.
Gadis bertudung itu tidak bernasib baik, sebab aksi mereka telah dirakam dan disebarkan di sosial media. Kata yang empunya cerita, ramai lagi di luar sana – termasuk para isteri orang besar – terlepas laku memeluk Shah Rukh Khan dalam satu konsert, tetapi tidak diambil tindakan.
Agaknya mereka tidak menutup kepala, jadi tidak nampak macam orang Islam!

0 Komentar untuk " K-Pop dan Pop Yeh-Yeh "