Dana bantuan khas akuakultur NCIA - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Dana bantuan khas akuakultur NCIA

PIHAK Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersedia menyediakan dana bantuan khas kepada mana-mana usahawan akuakultur yang komited memenuhi piawai Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MYGAP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Redza Rafiq berkata, tumpuan penyaluran bantuan dana akan diberikan kepada mana-mana usahawan akuakultur yang berpengalaman luas dalam bidang penternakan akuakultur bagi memastikan lebih ramai usahawan tempatan merebut pasaran eksport akuakultur di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, jumlah dana diperuntukkan kepada usahawan terpilih adalah bergantung kepada keperluan mereka dan golongan ini bakal dibentuk menjadi mentor kepada usahawan baharu bagi berkongsi ilmu dan pengalaman.

“Kemudahan pembiayaan dana khas ditumpukan kepada golongan usahawan yang terbukti berkemampuan dan berpengalaman sahaja memandangkan NCIA tidak mahu pelaksanaan projek sebegini terbengkalai di tengah jalan jika disalurkan kepada usahawan kurang berpengalaman.

“Golongan usahawan dibantu NCIA kemudiannya akan dijadikan mentor kepada mana-mana usahawan akuakultur yang baru menceburi bidang itu bagi memastikan pengalaman luas dan ilmu pengetahuan mereka disalurkan ke tempat yang betul,” katanya.

NCIA juga bertanggungjawab menyediakan hala tuju untuk merangka dasar dan strategi berhubung sosio-ekonomi pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara).

Menurutnya, sektor pertanian merupakan salah satu daripada sektor teras utama NCIA yang bermatlamat meletakkan Koridor Utara sebagai zon pengeluaran makanan moden yang  mengeluarkan hasil bermutu tinggi dan meningkatkan pendapatan serta taraf hidup petani.

Katanya, bagi tujuan itu, NCIA bekerjasama dan berganding bahu dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi mengendalikan Seminar Kesedaran dan Promosi Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) di seluruh negara.

0 Komentar untuk " Dana bantuan khas akuakultur NCIA "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ