Bumiputera digalak ceburi produk makanan halal - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Bumiputera digalak ceburi produk makanan halal

USAHAWAN bumiputera digalakkan untuk menghasilkan lebih banyak produk makanan halal bagi memenuhi keperluan orang Islam dan dalam masa yang sama dapat membantu menjana ekonomi negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Fokus Pembangunan Usahawan Bumiputera dan Koperasi Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad berkata, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) boleh mengembangkan usaha terbabit melalui bantuan koperasi.
 
"Penghasilan produk halal yang digunakan orang Islam setiap hari terutamanya produk makanan mampu meningkatkan hasil pendapatan usahawan.
 
"Jadi diharapkan produk yang dihasilkan akan ditambah bagi memastikan pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan dalam memilih makanan halal keluaran usahawan tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mini PenBEX (Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang) 2015 di Vision Park, Bertam di sini.
 
Karnival mini anjuran Koperasi Usahawan Groombig Pulau Pinang (Kunang) itu menjadi salah satu program pengenalan sempena PenBEX yang akan berlangsung pada 30 Mei sehingga 7 Jun depan.
 
Muhamad Farid berkata, seramai 70 usahawan telah bernaung di bawah Kunang dan sebahagian produk yang dikeluarkan turut dipasarkan di tiga cawangan pasar raya Aeon Big di Bukit Minyak, Seberang Jaya dan Alor Setar, Kedah.
 
"Ini merupakan pencapaian yang memberangsangkan dan sebuah kedai dua tingkat di daerah Seberang Perai Utara (SPU) akan diubahsuai bagi membolehkan produk ahli dipasarkan dengan lebih sistematik.
 
"Premis berkenaan akan dijadikan platform untuk mereka mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pengeluaran produk tempatan," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Bumiputera digalak ceburi produk makanan halal "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ