PERNAHKAH kita terfikir apabila melihat kelakuan anak tiba-tiba berubah menjadi nakal dan cepat marah. Baru sepatah ditanya, dia sudah melenting, menjerit.
Kadang-kadang kenakalannya melampau sehingga adik kecilnya menjadi mangsa, lalu menangis tanpa sebab. Tanpa soal selidik, ibu bapa yang tidak tahan melihat kenakalan itu, terus menghukum si anak.
Sebenarnya perubahan sikap yang berlaku kepada anak itu merupakan tanda-tanda dia menjadi mangsa buli psikologi atau buli sosial yang dikaitkan menggunakan bahasa, diejek, dihina dan diusik oleh pembuli.
Ketua Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Zuria Mahmud dan rakan-rakannya pernah membuat kajian pada tahun 2010 mengenai tingkah laku buli dalam kalangan murid perempuan sekolah rendah.
Hasil kajian itu mendapati 50 peratus daripada 256 murid perempuan tahun 5 dan 6 mengaku mereka pernah dibuli dalam bentuk bahasa, peras ugut, perhubungan dan isyarat.
“Misalnya memanggil nama yang tidak diingini, mengejek, mengugut, menghina, mencaci, menyindir, jegil mata, jelir lidah, kenyit mata, berbisik-bisik dan sebagainya,” katanya.
Beliau tidak menafikan, tingkah-laku buli dalam kalangan pelajar sekolah boleh mempengaruhi pembelajaran akademik anak-anak, terutamanya mereka yang menjadi bahan usikan, seperti ‘pelajar lembut’.
“Kalau pelajar itu orang yang lemah-lembut, sedikit lelaki misalnya, ramai lelaki yang ganas berasa teruja untuk mengusik. Dia mulakan dengan mengusik. Kemudian, mereka akan buat kumpulan dan mereka akan menambahkan lagi tahap ketinggian mengusik itu sehingga orang itu jadi tidak gembira.
“Tahap pembelajaran dia juga terganggu. Dia rasa malu dan selepas itu dia akan menjadi murung. Mereka akan cari pelbagai alasan tak mahu ke sekolah," katanya.
Memendam perasaan
Umumnya, ibu bapa tahu apa itu buli fizikal. Apabila ternampak bibir berdarah, luka di dahi dan cedera di tangan atau kaki, mereka akan pergi ke sekolah bertanyakan guru.
Tetapi, tidak semua ibu bapa sedar dan tahu buli psikologi yang tersirat ini. Ini kerana kanak-kanak dan pelajar yang menjadi mangsa buli bijak memendam perasaan. Walhal, perasaan marah yang meluap-luap itu tersimpan di dalam hati.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda seperti itu menurut Dr. Zuria akan mula menjadi murung dan tidak mahu bergaul dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya sendiri.
Jika di peringkat sekolah rendah ibu bapa tidak menyedari perkara ini, ia akan lebih memburukkan lagi keadaan. Kanak-kanak yang dahulunya lemah, dan menjadi mangsa buli, kini berubah menjadi pembuli yang lebih ganas apabila melangkah ke alam sekolah menengah.
Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, berkata ramai ibu bapa tidak tahu apa sebenarnya di sebalik perubahan sikap anak mereka.
“Kalau di rumah dia tidak mesra dengan ahli keluarga seperti biasa. Yang paling kerap kita lihat, tak nak hadir dan ponteng sekolah. Kadang-kadang kita tersilap pandang, kita lihat proses sekolah itu dari segi nakal tanpa diselidiki. Kadang-kadang, mangsa buli ini tidak dapat lepaskan geram dan lebih nampak kenakalannya apabila balik rumah, dia buli adik dia.
“Dia tak dapat melepaskan marah ke atas pembuli itu kerana biasanya pembuli ini kuat dari segi fizikal," katanya.
Sementara itu, Dr. Zuria dalam pemerhatiannya selama enam tahun di MRSM berkata, ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah itu melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru dan pihak sekolah.
“Ibu bapa tidak sedar sebab mereka selalu beranggapan sekolah itu tempat sempurna untuk anak mereka. Tapi sebenarnya tidak! Itulah tempat yang paling kita kena hati-hati kerana anak kita antara beribu pelajar di sekolah.
“Kita hantar anak ke asrama, lepas itu say goodbye. Ada sesetengah anak, tak sedia pun nak duduk asrama,” katanya.
Peranan ibu bapa
Meskipun kesibukan sentiasa menghantui kehidupan harian, ibu bapa perlu tahu beberapa perkara bagi mengelak anak mereka tidak menjadi mangsa buli atau pembuli.
i. Kesedaran: Setiap ibu bapa perlu sedar dan tahu akan gejala buli yang sering kali dikaitkan berlaku di sekolah. Buli psikologi tidak seperti buli fizikal yang boleh dilihat. Misalnya, ambil tahu aktiviti dan kegiatan harian anak mereka di sekolah dan di luar waktu sekolah. Jika ada yang tidak kena dengan sikap anak seperti murung, sedih, cepat marah, cepat-cepat bertindak dan memberitahu pihak sekolah atau guru kelas.
ii. Kemahiran: Ibu bapa perlu ada kemahiran untuk mengenali anak sendiri. Contohnya, kena rajin bercakap dan bertanya khabar tentang anak. Membina perhubungan dan komunikasi yang baik membuatkan mereka boleh berkongsi cerita tentang masalah dan apa yang dibuat di sekolah dan luar sekolah.
iii. Pemantauan: Setiap pergerakan anak perlu dipantau - siapa kawan dia, dengan siapa dia bermain, belajar, duduk dalam bas, kawan kelas dia. Adakah anak itu tersenyum, ketawa, riang, sedih dan murung selepas balik dari sekolah. Kalau perlu, selepas balik sekolah periksa keadaan fizikal anak, terutama yang bersekolah di taska.
iv. Nilai-nilai: Nilai menghormati diri sendiri dan orang lain merupakan asas kepada kehidupan dan pembentukan tingkah laku setiap insan, yang bermula di rumah.
“Ibu bapa kena terapkan dua nilai ni. Masalahnya, ibu bapa tidak menjadi rol model kepada anak-anak. Ibu bapa sewenang-wenangnya membuat tingkah-laku yang tak hormat diri, mereka bukan pendengar yang baik, depan anak suka kutuk orang, bercakap dengan lantang dan paling teruk, kutuk anak sendiri! - "awak tak dapat 5A, tak macam abang!". Bagi saya, itu dah mula, anak itu kena buli. bapa dia dah buli anak dia.
“Cara menghormati orang lain ialah berfikiran terbuka kepada kepelbagaian. Adakah orang itu berlainan daripada aku? Pakaian dia lain, bentuk badan dia lain, cara dia, gaya dia dan sebagainya. Kerana dia lain daripada kita, tidak bermaksud kita mengeluarkan kara-kata tidak baik tentang dia,” katanya.
Dr. Zuria memperkenalkan kursus Konsep Citra yang boleh diambil oleh penuntut di mana-mana fakulti di UKM. Tujuannya, melengkapkan diri mereka sebagai insan yang menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni, selain kursus bidang profesional lain.
Salah satu domain utama ialah kekeluargaan, kesihatan dan gaya hidup. Domain ini bertujuan memberi kefahaman kepada generasi muda tentang kepentingan membina diri, keluarga, dan masyarakat yang memegang nilai-nilai positif.
Dengan adanya kursus tersebut, ia diharap dapat membantu generasi muda memahami tanggungjawab mereka selepas bergelar ibu dan bapa.

0 Komentar untuk " Buli psikologi, mangsa lebih memendam rasa "