BEKERJA sebagai pegawai bank di institusi kewangan selama lapan tahun telah memberi banyak pengalaman kepada Norshaliza Abdul Aziz, 32, untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan.
Bagaimanapun, anak kelahiran Raub, Pahang ini mula berjinak-jinak menjalankan perniagaan dalam talian secara sambilan sejak Julai 2011.
Ketika itu niat menjalankan perniagaan hanya untuk menambah pendapatan keluarga dan membantu suami.
Dari sehari ke sehari, saya berasakan satu kepuasan dan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pegawai bank pada 2012. Keputusan ini dibuat bagi memastikan saya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang baharu.
Walaupun berat hati melepaskan jawatan itu kerana sejak dari kecil lagi memang bercita-cita untuk bekerja dalam bidang perbankan, namun rancangan ALLAH tiada siapa yang tahu. Saya kini berlapang dada dan menerima ketentuan ini sebagai jalan terbaik buat saya sekeluarga.
Kini setelah lebih dua tahun dalam perniagaan tersebut, saya rasa lebih puas hati dengan perniagaan sekarang dan sangat bersyukur kerana berani mengambil peluang ini.
Melalui perniagaan ini telah banyak mencungkil potensi sebenar diri saya, terutamanya dari segi sikap dan emosi. Selain itu, bidang ini juga membuatkan saya lebih berfikiran positif, berani dan sabar dalam menguruskan perniagaan dan kehidupan harian.
Yakin pada diri sendiri
Memberi fokus kepada perniagaan dalam talian, ibu kepada cahaya mata berusia 12 tahun ini telah memilih untuk menjual korset, produk kecantikan dan kesihatan.
Pemilihan berniaga secara online ini dibuat kerana lebih mudah dan fleksibel selain dibantu oleh ahli kumpulan Green Leaders Academy Malaysia (GLAM).
Biarpun masih baharu dalam bidang perniagaan online, namun berkat sokongan suami saya mampu mengatasi pelbagai cabaran dalam bidang ini.
Memang pada mulanya ketika saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan, suami telah memberi beberapa syarat. Setelah nasihat dan syarat-syarat itu saya penuhi, suami merestui perjuangan saya.
Pada ketika itu juga apabila ahli keluarga mula mengetahui tindakan saya itu, terutama ibu bapa mereka risau.
Namun saya cuba buktikan pada mereka yang saya boleh berjaya. Sebenarnya kunci untuk membuatkan mereka yakin, diri kita sendiri mesti yakin dengan apa kita buat. Kini, mereka sangat menyokong pilihan saya.
Contoh kepada keluarga
Sebagai anak sulung dalam keluarga yang mempunyai lima adik perempuan, Shaliza menganggap kejayaannya dalam bidang perniagaan akan menjadi kayu pengukur kepada adik-adiknya yang lain.
Saya ingin memastikan apa yang saya lakukan akan menjadi contoh dan sebab itulah saya bersungguh-sungguh membuktikannya.
Malah dengan menjalankan perniagaan secara sepenuh masa membolehkan saya memberi tumpuan kepada keluarga juga. Saya boleh menentukan sendiri jadual kerja dan menguruskan perniagaan di mana jua saya berada hanya melalui telefon atau internet.
Selalunya saya akan susun jadual harian, mingguan dan bulanan untuk setiap aktiviti perniagaan supaya saya dapat imbangkan masa untuk perniagaan dan keluarga.
Secara umumnya perniagaan melalui talian tidak memerlukan masa yang banyak.
Saya sendiri akan peruntukkan dalam lima hingga enam jam sehari untuk perniagaan. Ada kalanya saya hanya bekerja dari rumah. Jadi tak ada masalah untuk membahagikan masa antara keluarga dan perniagaan.
Kelebihan dalam mengawal masa itu antara yang saya inginkan sebagai seorang anak, isteri dan ibu. Seperti yang ramai tahu jika bekerja (sepenuh masa), masa lebih banyak di pejabat dari di rumah mahu pun bersama keluarga.
Istimewanya dalam bidang yang saya pilih ini ialah dapat berjumpa dengan lebih ramai rakan atau pelanggan dari serata tempat. Pada saya peluang ini sesuatu yang sukar diperoleh.
Ke mana saya pergi mesti ada kawan yang dikenali, di dalam mahu pun di luar negara.
Ubah kehidupan lebih baik
Sejak menceburi bidang perniagaan, rezeki yang diperoleh banyak mengubah kehidupan kami sekeluarga menjadi lebih selesa. Sebelum ini, keadaan kewangan kami sekeluarga sangat membimbangkan.
Saya bersyukur ALLAH membuka jalan terbaik kepada kami, sekali gus memberi peluang untuk membantu orang lain memperbaiki kualiti hidup mereka sama ada dari segi kecantikan, kesihatan, kewangan mahu pun masa depan. Cara inilah yang memberi kepuasan sebenar bagi saya.
Melalui perniagaan ini, saya berhasrat untuk melahirkan lebih ramai jutawan internet pada masa hadapan.
Manakala impian untuk masa depan pula, saya mengharapkan perniagaan ini akan diwarisi oleh anak saya kelak apabila dewasa nanti. Semoga ini dapat membantu kehidupan yang lebih baik untuk kami sekeluarga.

0 Komentar untuk " Berniaga dalam talian "