“KALAU awak kasihankan saya sebagai perempuan, tolonglah tinggalkan suami saya. Kalau awak rasa menderita, saya dan anak-anak lebih menderita kerana kehilangan dia.”
Suria merayu dengan linangan air mata. Baru sekejap tadi kami bergaduh dalam telefon macam orang gila. Dia maki hamun saya, dan saya tak kurang juga memaki hamunnya.
Entah macam mana bila mata kami bertentangan, hati saya meruntun hiba. Suria datang dengan wajah pilu sambil mengheret dua anak yang masih kecil. Dia merayu dan menuntut suaminya dikembalikan. Suami Suria, suami saya juga.
Empat tahun kami bermadu, tiada sedetik pun yang merapatkan kami. Hubungan kami berlaku sinis, pedih dan perih. Kami saling berlawan meraih perhatian.
Di hadapan suami kami berlagak baik tapi di belakangnya kami berantakan. Saling bertikam lidah dan mengagungkan kebaikan masing-masing.
Saya peluk Suria erat-erat. Hari itu dalam sejarah. Selama empat tahun bermadu, saya memeluk Suria dengan perasaan penuh luluh dan kasihan.
Ya... saya yang bersalah. Saya lebih berusia dari Suria dan sepatutnya sayalah yang perlu lebih matang dan berfikiran waras berbanding Suria. Tergamak saya mencuri suami yang terlebih dahulu menjadi milik Suria.
“Maafkan akak dik...” Air mata mengalir laju. Sejuk membasahi bahu Suria yang teresak-esak memeluk saya.
“Kak...” Lemah suara Suria membalas pelukan saya. Tiada lagi kata aku dan engkau antara kami. Saya lihat wajah anak-anak Suria. Saya tunduk. Saya mengalah. Mulai hari ini saya tak akan bersama suaminya lagi.
Bawa haluan
Dua tahun berpisah dengan Aidil, saya bawa haluan sendiri. Terlalu banyak dugaan yang saya lalui sehingga ada kalanya saya rasa benar-benar tak tertanggung.
Saya rindu Aidil tetapi saya sudah memilih jalan ini. Memilih meninggalkan segala kenangan dengan suami orang dan memberi laluan kepada anak-anak yang masih memerlukan.
Saya sembunyi diri dari kehidupan dan saat itu saya mula sedar betapa pedihnya kehilangan orang yang amat kita cintai. Tiada zuriat untuk saya kenangkan kisah cinta saya dan Aidil.
Saat itu, hanya kepada ibu tempat saya mengadu. Aidil sesungguhnya lelaki yang terbaik buat saya. Walau pun sedar Aidil menipu mengenai statusnya demi mendapatkan saya, kebaikan dan kasih sayang yang Aidil beri buat saya lupa perbuatannya.
Empat tahun menjadi isteri, mana mungkin saya mampu melupakan Aidil sekelip mata. Disebabkan itu, ibu mengatur perkahwinan saya dan Hanif dengan harapan saya dapat melupakan luka cinta lama.
Saya perlukan seseorang di sisi dan kehadiran Hanif sedikit sebanyak mengubat lara hati. Selepas berkahwin Hanif tinggal bersama saya dan ibu, membantu perniagaan ibu yang semakin berkembang.
Kurang setahun, ibu pergi menyahut seruan Ilahi. Menyusuli ayah yang sejak dari saya kecil telah pun pergi. Luluhnya hati saya kerana saat itu saya hamil enam bulan anak pertama kami.
Ibu orang paling gembira membelikan keperluan bayi untuk menyambut cucu sulungnya. Tapi sayang... ibu tidak berkesempatan.
Sejak ibu pergi, perangai Hanif mula berubah. Makan pakai saya tidak diendahkannya malah tubuh saya pula menjadi santapan sepak terajangnya.
Hanif kaki perempuan, terlibat dadah dan sosial melampau. Sejak mengandung saya sudah tidak larat menguruskan perniagaan ibu. Haniflah pengganti saya tapi malangnya, duit perniagaan Hanif bazirkan dengan dadah dan perempuan.
Kalau saya tegur, Hanif pukul dan caci maki. Saya malu, sedih dan pedih mengenangkan kelakuan Hanif. Meski pun pernikahan kami atas percaturan ibu dan tanpa rasa cinta, saya akui telah mula sayangkannya sebagai suami. Apatah lagi, saya mengandungkan anaknya.
Lari dari rumah
“Aku benci kau perempuan bodoh! Sial! Perempuan sundal, kau ingat aku hadap sangat dengan kau! Pergi mampus!” Caci-maki Hanif sering terngiang di pipi.
“Saya selalu maafkan abang. Saya belajar dari kesilapan diri tapi kalau abang tak perlukan saya abang boleh lepaskan saya cara baik. Tak perlu maki hamun saya macam ni.” Itu saja yang mampu saya lafazkan setiap kali Hanif memukul dan mengeji.
Mungkin ini balasan saya merampas suami orang suatu masa dulu. Saya terima seadanya nasib diri. Dan saya tidak sebodoh itu untuk membiarkan diri terus dipermainkan Hanif. Saya cari kekuatan dan keluar dari rumah meninggalkan Hanif.
Memang perit melalui tempoh-tempoh kehamilan tanpa kehadiran suami di sisi. Saya tiada tempat mengadu, tiada teman bermanja. Tapi saya yakin, akan ada jalan di hadapan nanti.
NOTA: Wanita yang sudi kisah hidupnya dinukilkan sebagai pengajaran kepada wanita lain, boleh emel penulis di nor.khalilah@ sinarharian.com.my

0 Komentar untuk " Akukah yang bersalah? "