SEKALI lagi pada 6 Jan 2015, Ikram/Hidayah Center bekerjasama dengan director yang berani iaitu Santhira Morgan untuk menghasilkan teater yang mencuit hati kita, mengajak kita berfikir kritis tentang isu-isu multicultural.
Saya mendapati diri saya diajak untuk melihat dari pelbagai perspektif penganut agama, “Kalau aku Hindu, bagaimana aku melihat isu ini?” dan “Kalau aku Kristian, bagaimana pula?”
Agama dikaitkan dengan bangsa. Tetapi yang menarik ialah usaha untuk melangkaui wacana Upin Ipin. Dalam cerita Upin Ipin, watak Melayu semestinya penganut Islam, Cina penganut Buddhisma, India penganut Hindu. Wacana Upin Ipin membawa jenama Masuk Islam, Masuk Melayu. Apa yang menarik dalam teater ini ialah kehadiran watak seorang wanita Cina tetapi Muslimah.
Yang lebih menarik ialah apabila teater ini memberi peranan utama untuk Muslimah Cina ini, bukan Melayu, untuk berhujah dengan Kristian dan Buddhist tentang isu-isu yang berkaitan dengan Islam. Pada mulanya, Muslimah Cina ini nampak lembut tetapi setelah perbincangan bermula, jelas ketangkasan minda multikultural terserlah.
Pada dunia realiti, ramai pendakwah kita tidak mempunyai minda multikultural. Kalau pendakwah ini adalah Melayu, mereka akan melihat Islam dari perspektif Melayu sahaja. Tidak mampu keluar dari kotak.
Tetapi Muslimah Cina ini cuba memahami logik pelbagai budaya untuk menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan Islam. Sebagai rakyat Malaysia, apakah kita tidak mampu duduk bersama-sama secara harmoni berbincang sebelum menghukum siapa betul dan siapa salah? Sebagai pendakwah, kita patut mengorak langkah dulu untuk lita’aarafuu (saling kenal-mengenal).
Watak Muslimah Cina ini juga memberi mesej bokia (tidak takut). Iaitu apabila seorang memeluk Islam dan berusaha belajar tentang Islam, tidak patut dia digelar mualaf lagi. Dia bokia (tidak takut) untuk membela Islam walaupun bukan Melayu.
Watak Muslimah Cina ini pada mulanya nampak naif macam mualaf tetapi bila berhujah, dia dikontrakan dengan watak dua jejaka Melayu yang jelas amat naif tentang Islam walaupun lahir sebagai Muslim. Mereka memahami Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Mereka tidak melihat Islam sebagai rahmat dunia. Teater ini menimbulkan persoalan siapa sebenarnya mualaf.
Teater ini bukan acara hentam Melayu. Ia juga menonjolkan masalah di mana bukan Muslim ada prejudis mereka terhadap Islam. Prejudis yang paling ketara ialah mereka pun menyamakan agama Islam dan penganutnya. Bila penganutnya buat salah, maka itu salah agama Islam.
Teater ini menjelaskan bahawa andaian ini adalah salah. Salah satu cara untuk lawan prejudis ini ialah membudayakan tabiat membaca. Maka, budaya Iqra’ dijadikan tema penting.
Yang juga menarik ialah terdapat seorang watak gadis Melayu yang tidak bertudung dan mempunyai teman lelaki Kristian. Pada adat kebiasaan, kita mudah menghukum gadis tidak bertudung sebagai tidak berguna untuk dakwah.
Teater ini membawa mesej menarik di mana gadis tidak bertudung ini pun cuba bersungguh-sungguh berdakwah kepada teman lelaki Kristiannya. Pepatah Inggeris Don’t judge a book by its cover sangat tepat digambarkan. Akhirnya, lelaki ini memeluk Islam. Bahkan menghadiahkan tudung kepada gadis Melayu ini untuk memakainya!
Walau bagaimanapun, isu hudud yang dibincangkan dalam teater ini tidak mendalam. Ia hanya sekadar mengatakan dua set undang-undang akan dilaksanakan iaitu syariah untuk Muslim dan sivil untuk bukan Muslim seolah-olah ini semestinya adil.
Ia gagal memberi jawapan kepada persoalan yang sangat penting iaitu jika seorang Muslim membunuh seorang bukan Muslim, apakah undang-undang yang dipakai?
Ia juga tidak menonjolkan budaya Sabah dan Sarawak. Tiada Dayak atau Kadazan. Maka, adegan tentang isu kalimah ALLAH tidak mengambil kira tentang budaya Sabah Sarawak yang sampai sekarang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH.
Mengapa haram di semenanjung dan harus di Sabah Sarawak? Apakah aqidah umat Islam di Semenanjung begitu rapuh?
Secara keseluruhan, tahniah kepada director Santhira Morgan dan Ikram/Hidayah Center yang begitu berani dan inovatif dalam membina jambatan multikultural. Ramai bukan Muslim dari pelbagai bangsa hatta dari Sweden juga hadir pada teater itu. Tahniah!
* Abdul Naser Abdul Rahman tokoh pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Teater kontroversi The Islam Dilemma "