JABATAN dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disaran tidak melabur atau membeli aset di luar negara bagi mengelak aliran keluar mata wang semasa ketidakpastian ekonomi antarabangsa kini.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pelaburan dan pembelian aset itu hendaklah dibuat di dalam negara dalam usaha merangsang kegiatan dan pertumbuhan ekonomi.
Pada masa sama, beliau menggalakkan syarikat swasta yang mempunyai pelaburan di luar negara supaya melakukan perkara sama di Malaysia.
“Sekiranya pelaburan dibuat di dalam negara ia boleh memberi lebih impak kepada ekonomi kita serta boleh merancakkan pertumbuhan ekonomi.
“Ini perlu dilakukan serta-merta sehingga keadaan (ekonomi) pulih atau keadaan harga minyak serta nilai mata wang menjadi lebih baik,” katanya selepas perasmian Menara Hasil Melaka oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ayer Keroh semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mohd Irwan berkata, beberapa langkah dijangka diperkenalkan dalam menghadapi ketidakpastian ekonomi global yang turut dirasai kesannya di Malaysia.
Menurutnya, satu pembentangan mengenai senario ekonomi kini akan diadakan Isnin depan dalam usaha memperkukuh keadaan ekonomi serta kewangan negara dan pengumuman mengenai langkah berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat.
“Kita akan memberi penumpuan kepada aspek tidak kritikal yang mana kalau kita kurangkan (perbelanjaan) tidak akan menjejas pentadbiran dan sistem penyampaian kerajaan,” katanya.
Menurutnya, penurunan harga minyak di stesen minyak dilihat dapat membantu kerajaan menjimatkan pemberian subsidi minyak, di mana ia boleh digunakan untuk menampung kekurangan dalam hasil minyak.
Selain itu, katanya, kerajaan turut menjangka mendapat hasil melebihi jangkaan apabila cukai perkhidmatan dan barangan (GST) diperkenalkan.
Ini kerana, katanya, setakat kelmarin, sebanyak 301,000 syarikat sudah berdaftar dengan kerajaan berbanding anggaran 124,000 sebelum ini.

0 Komentar untuk " Saran tidak beli aset luar negara "