Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan sebanyak RM800 juta yang digunakan untuk membantu mangsa banjir adalah tidak mencukupi. – Gambar The Malaysian Insider olen Nazir Sufari, 7 Januari, 2015.
Peruntukan RM800 juta dibelanjakan kerajaan bagi membantu mangsa banjir melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak cukup menampung semua kerugian yang dialami, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mempunyai jumlah anggaran kerugian sebenar yang dialami mereka terlibat kerana ia akan ditentukan Kementerian Kewangan, kemungkinan dalam masa seminggu.
"Saya tidak pasti sama ada jumlah tersebut termasuk dalam kerugian ternakan, ladang-ladang yang dialami sewaktu banjir. Ini kerana ramai lagi (mangsa) yang tidak pulang ke rumah mereka.
"Jadi, kami tidak tahu berapa jumlah kerugian yang terlibat. Apapun, perlu tunggu laporan daripada Kementerian Kewangan. Mungkin dalam masa seminggu kita akan dapatkan laporan yang terperinci.
"Saya difahamkan Jabatan Kerja Raya (JKR) sahaja memerlukan beberapa ratus juta untuk 'upgrade' jalan dan sebagainya," katanya kepada media selepas pelancaran 'flag-off' misi sukarelawan pasca banjir oleh kementerian itu hari ini.
Beliau berkata, sebagai contoh di Kelantan, sebanyak 90 sekolah di negeri itu rosak berikutan banjir tersebut.
"Saya rasa berbilion-bilion bantuan perlu diberi untuk membaikinya," katanya.
Pada 5 Januari, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata hampir RM800 juta sudah dibelanjakan kerajaan menerusi MKN bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terbabit musibah itu baru-baru ini.
Peruntukan berkenaan membabitkan pembekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa.
Sementara itu, Ismail berkata, mereka baru sahaja mewujudkan tabung bantuan bencana agro makanan berjumlah RM50 juta untuk para nelayan, petani dan penternak.
"Kalau biasa kita menganggap RM50 juta itu mencukupi, tapi dengan banjir yang teruk itu belum tentu cukup. Jadi, kita tetap akan memohon daripada Kementerian Kewangan untuk nelayan, petani dan penternak."
Beliau juga melahirkan kekesalan terhadap sesetengah pihak yang mempolitikkan isu banjir sewaktu menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat.
"Saya konsisten dari segi apa yang saya katakan. Soal banjir ini adalah soal kemanusiaan dan bukan soal politik. Saya tidak suka apabila orang memainkan isu politik untuk banjir ini. Kita tak main politik.
"Bila kita pergi ke Kelantan, kita sama. Dan kita menjemput menteri besar Kelantan untuk duduk bersama. Saya rasa kita lupakan soal politik. Yang paling penting kesengsaraan rakyat itu yang perlu kita utamakan," katanya. – 7 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rm800-juta-tidak-mencukupi-bantu-mangsa-banjir-kata-ismail-sabri#sthash.pkUrOTFA.dpuf

0 Komentar untuk " RM800 juta tidak mencukupi bantu mangsa banjir, kata Ismail Sabri "