Pasaran buruh stabil sokong ekonomi negara - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pasaran buruh stabil sokong ekonomi negara

EKONOMI Malaysia yang dijangka menyederhana tahun depan disebabkan penurunan permintaan domestik, berkemungkinan diimbangi oleh pasaran buruh yang stabil.

Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) dalam notanya hari ini berkata, kestabilan pasaran tenaga kerja akan mengekang kejatuhan mendadak perbelanjaan.

"Selain itu, penurunan mendadak harga minyak mungkin menampan impak terhadap pengguna kerana perniagaan mungkin menangguhkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tertentu," kata firma itu.

MARC mengunjurkan trend menurun dalam pertumbuhan keluaran dalam negara kasar bagi 2015 kepada 4.7 peratus daripada 5.8 peratus yang dianggar untuk 2014.

Ia berkata, inflasi akan menjadi faktor utama dalam penurunan permintaan pengguna disebabkan rasionalisasi subsidi, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan serta langkah-langkah ketat pinjaman isi rumah.

"Sumbangan pelaburan adalah kritikal untuk pertumbuhan dalam 2015 memandangkan pertumbuhan penggunaan swasta menyusut.

"Bagaimanapun, berdasarkan trend baru-baru ini, proses penormala  pertumbuhan pelaburan swasta akan berterusan kerana kerajaan  melaksanakan langkah berjimat berikutan unjuran ekonomi global lembab dan pendapatan daripada minyak lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak," kata MARC. - Bernama

0 Komentar untuk " Pasaran buruh stabil sokong ekonomi negara "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ