SECARA umumnya, sekularisme merujuk kepada kedudukan dan peranan agama daripada sesuatu yang berkaitan dengan segala aspek kehidupan kepada sesuatu yang hanya berkaitan dengan aspek kehidupan tertentu. Dari segi ini, sekularisme bukanlah menolak agama tetapi ia mengecilkan pengertian dan fungsi agama.
Sembahyang dan membaca kitab suci dikira sebagai kegiatan agama tetapi main layang-layang dan membaca buku ekonomi tidak dikira sebagai kegiatan agama. Masjid, gereja dan kuil dikira sebagai tempat berkaitan dengan agama tetapi sekolah, restoran serta hotel tidak dikira sebagi tempat yang ada kaitan dengan agama.
Faham agama sebegini tentunya membawa kepada suasana di mana seseorang itu mempunyai dua peribadi yang saling muncul dalam dirinya. Pada satu sisi, ia membawa peribadi yang bersangkut dengan agama dan melakukan perkara yang disarankan agama. Pada sisi yang lain, ia membawa peribadi yang tiada bersangkut dengan agama dan dia berasa bebas untuk melakukan apa yang dia suka. Apabila seseorang melangkah ke dalam masjid, dia berkelakuan dengan pengetahuan Tuhan sedang memandang. Apabila keluar dari masjid, dia berkelakuan seolah-olah Tuhan tidak memandangnya. Di masjid, dia adalah hamba kepada Yang Maha Esa. Di luar masjid, dia adalah tuan terhadap badan dan tindak-tanduknya.
Bagi seorang Muslim, agama berlangsung pada setiap saat dan ketika, pada setiap aktiviti sama ada mengerjakan solat atau bermain bola bersama sahabat dan di mana jua dia berada, sama ada di restoran, sekolah, atau pasar raya.
Sehubungan itu, bagaimanakah masjid dan restoran, sebagai contoh, saling kait-mengait sebagai dua tempat di mana berlangsungnya ibadat? Lebih khusus lagi, bagaimanakah masjid dan restoran ala-Barat seperti McDonald dan KFC saling dikira sebagai dua tempat di mana agama terdapat?
Di Malaysia, restoran ala-Barat bukan saja terdapat di merata pelosok negara tetapi pengunjung Muslimnya juga tidak kurang hebat bilangannya. Mengapakah umat Islam tidak ragu untuk mengunjungi restoran seperti ini yang rata-ratanya mempunyai nama Barat yang tiada kaitan dengan identiti Islam dan budaya tempatan? Jawapannya ialah restoran ala-Barat ini mempunyai ciri-ciri yang menepati kehendak Islam bukan saja daripada hukum-hakamnya tetapi juga dari segi kebersihan, kualiti makanan dan keselesaan yang semuanya dituntut Islam untuk kehidupan beragama.
Selain daripada status halal yang menjadi keutamaan restoran ala-Barat ini, makanannya juga menepati quality control serta sensitif terhadap cita rasa tempatan. Servisnya juga mematuhi tahap yang ditetapkan supaya ia cepat, tepat dan pengunjung tidak perlu menunggu lama untuk mendapat makanan mereka. Dan, pekerjanya berpakaian menepati tuntutan agama.
Dengan erti kata lain, walaupun pada zahirnya restoran ala-Barat di Malaysia nampak seperti tidak serasi dengan tuntutan Islam tetapi dengan mengamalkan ciri-ciri yang menepati kehendak Islam, ia menjadi sesuatu yang di-Islamisasikan walaupun namanya adalah seperti Pizza Hut, Burger King, Kenny Rogers, dan sebagainya.
Dengan perkembangan demikian, masyarakat Islam dapat berasa suasana keislaman dari segi inti patinya walaupun ia berwajah Barat di luarannya. Dalam erti kata lain, restoran tersebut menjanakan suasana dan identiti keagamaan dengan mengamalkan tuntutan dan ciri-ciri keislaman. Maka restoran tersebut menjelma sebagai sebuah tempat ibadat sebagaimana masjid adalah tempat ibadat.
Seorang Muslim yang bergerak dari masjid ke restoran akan terus dikekalkan dalam suasana keagamaannya. Dia tidak akan berasa dia berkeperibadian tertentu semasa berada di dalam masjid dan satu peribadi lain semasa berada di restoran.
Dalam pengertian yang lebih luas, seorang Muslim sentiasa berada dalam detik, suasana dan kegiatan keagamaan tidak kira dia bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain, satu perkara ke perkara yang lain, dan satu kegiatan ke kegiatan yang lain. Untuknya, sekularisme tidak berlaku kerana kehidupannya sentiasa diselubungi suasana keagamaan dan keislaman tidak kira bila dan di mana, Timur atau Barat.
DR YAMIN CHENG (Mantan Pensyarah, Jabatan Pengajian Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM)

0 Komentar untuk " Memahami apa itu sekularisme "