Kuala Lumpur berisiko tanah runtuh - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kuala Lumpur berisiko tanah runtuh

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,740 kawasan tanah tinggi di ibu negara dikenal pasti berisiko berlaku tanah runtuh berdasarkan tahap kecerunannya.

Ia hasil kajian dilakukan Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) selaku pihak dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyediakan data terkini berkaitan cerun di Kuala Lumpur.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 620 dikategorikan sangat berisiko tinggi, manakala bakinya masih berisiko dan memerlukan pemantauan.

Sementara itu katanya, 351 daripada jumlah cerun yang sangat berisiko merupakan tanah milik swasta.

“Parlimen Segambut mencatatkan jumlah tertinggi dalam kedua-dua kategori iaitu berjumlah 713 cerun, diikuti dengan Parlimen Lembah Pantai, 315 dan Bandar Tun Razak, 183.

“Bagaimanapun kita memberi tumpuan pembaikan mengikut keperluan melibatkan kawasan-kawasan cerun yang menghadapi masalah seperti berlaku gelongsoran dan aduan-aduan lain,” katanya ketika lawatan ke tapak runtuhan cerun yang telah siap dibaiki, di Jalan Tuba, Kampung Attap.

Katanya, projek pembaikan cerun di Jalan Tuba itu salah satu daripada tiga projek yang disiapkan membabitkan kos sebanyak RM4.6 juta.

Dua lagi cerun terlibat di Jalan 14/108, Taman Salak Jaya dan Lorong Setiabistari, Bukit Damansara, masing-masing berdepan masalah runtuhan tanah sejak 2012 dan 2008.

Ahmad Phesal berkata, sebanyak lima projek pembaikan cerun melibatkan Taman Supreme di Cheras, Bukit Nenas, Taman Setiawangsa, Taman Bukit Anggerik dan Jalan Changkat Tuanku, kini sedang giat dilaksanakan.

Menurutnya, lapan lagi projek sama kini dalam projek lantikan kontraktor untuk dilaksanakan pada tahun ini.

“Antaranya adalah di Bukit Aman, Pangsapuri Sri Mulia di Bandar Tun Razak, Jalan Cahaya Salak Selatan, Arkib Negara, dan Changkat Tuanku,” katanya.

0 Komentar untuk " Kuala Lumpur berisiko tanah runtuh "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ