DAP pertikai 1MDB cuba kelirukan firma audit semak dana di Pulau Cayman - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

DAP pertikai 1MDB cuba kelirukan firma audit semak dana di Pulau Cayman

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan jika 1MDB mengelirukan pihak audit supaya dapat menyimpan kewangan berakhir Mac 2014. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Januari, 2015.

DAP mempersoalkan sama ada syarikat pelaburan strategi negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mengelirukan pihak audit, Deloitt Malaysia menilai penyata kewangan tahunnya yang berakhir Mac 2014.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, persoalan timbul sama ada dengan wang yang banyak menyebabkan firma audit itu keliru jumlah itu dapat dipulangkan semula hujung November, hanya bertujuan supaya penyata kewangan Mac 2014 dapat diluluskan.

"Adakah Deloitte Malaysia sudah menilai dengan lebih teliti sebelum menerima janji 1MDB untuk menebus keseluruhan US$1.23 bilion pada hujung tahun?

"Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan risiko kecairan yang dahsyat kepada 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, mengikut penyata kewangan yang berakhir Mac 2014 dan difailkan pada Oktober 2014 di muka surat 93, menyatakan baki US$1.23 bilion (RM4.07 bilion) akan diterima penuh sebelum November 2014.

Namun kenyataan Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin pada 23 Disember lalu berkata baki dana itu hanya "dijangka dapat ditebus semula pada bulan seterusnya".

Katanya, kenyataan itu bertentangan dengan kenyataan dalam laporan kewangan, sekaligus tidak ada tanda-tanda wang itu akan dikembalikan semua ke Malaysia atau 1MDB.

"Lodin perlu jelaskan dan bertanggungjawab atas sebab kenapa dana itu tidak diterima dan dikembalikan semula walaupun ada ada arahan jelas dan pemberian kuasa oleh lembaga pengarah 1MDB," katanya.

"Mungkinkah ada satu keputusan 'baru' oleh lembaga pengarah 1MDB menggantung arahan terdahulu dan menangguhkan bayaran semula dana Pulau Cayman selama-lamanya?

"Secara khusus, adakah perubahan dibuat selepas audit kewangan, Deloitte Malaysia setuju untuk menandatangani penyata kewangan pada 5 November 2014?

"Disebabkan itu, persoalan timbul sama ada Deloitte Malaysia dikelirukan oleh 1MDB supaya meluluskan penyata kewangan 2014 atas dasar keseluruhan dana di Pulau Cayman akan diperoleh," katanya.

Katanya, persoalan juga timbul jika dana itu terikat dengan 'pelaburan' yang nilainya amat dipersoalkan, dan jika didedahkan hari ini akan menyebabkan kerugian besar kepada 1MDB.

Kira-kira 18 bilion wang 1MDB diletakkan di Pulau Cayman di bawah "tabung portfolio diasingkan", satu tindakan yang mengundang kritikan dan penelitian teliti daripada pembangkang.

Pua berkata, jika tidak kerana janji US$1.23 bilion dapat diterima, 1MDB tidak akan terselamat daripada ujian "risiko kecairan" apabila syarikat itu dijangka membayar semua tunggakan RM2 bilion pinjaman pada hujung November 2014.

"Juru audit kewangan mungkin perlu memberikan 'pendapat bersyarat' sama ada 1MDB mampu kekal beroperasi," katanya. – 9 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-pertikai-1mdb-cuba-kelirukan-firma-audit-semak-dana-di-pulau-cayman#sthash.VHc6hDZ2.dpuf
0 Komentar untuk " DAP pertikai 1MDB cuba kelirukan firma audit semak dana di Pulau Cayman "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ