Banjir eratkan hubungan PAS dan Umno, lapor akhbar - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Banjir eratkan hubungan PAS dan Umno, lapor akhbar

Banjir yang melanda Kelantan mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri yang ditadbir PAS dan kerajaan pusat yang dipimpin Umno, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir yang ditubuhkan untuk membangunkan semula negeri itu menguatkan lagi dakwaan tersebut.

“Hubungan kerajaan pusat dan negeri sudah wujud sejak sekian lama dengan mereka (pusat) memberikan kerjasama penuh dari segi mentadbir pengurusan. Tidak ada masalah, itu amalan biasa.

“Malah kesan daripada banjir ini, kerjasama itu dipertingkatkan lagi khususnya bagi membantu mangsa-mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, Mohd Amar berkata kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak melibatkan campur tangan politik, tetapi didasari kepentingan rakyat Kelantan.

“Kerjasama melalui jawatankuasa bersama ini adalah untuk selaraskan gerak kerja. Kalau pusat sahaja buat ia tidak boleh diselaraskan dengan kerajaan negeri.

“Jadi biar ada kerjasama supaya semua tindakan itu boleh dilakukan secara bersama kerana semua jentera bagi menangani pasca banjir ini melibatkan negeri dan pusat,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata kerjasama kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan perlu diterima dalam bentuk keikhlasan.

Katanya, ideologi politik kepartian perlu diketepikan bagi meneruskan sebarang bentuk kerjasama kerajaan pusat dan negeri walaupun Kelantan bukan di bawah pimpinan Barisan Nasional.

"Kita perlu ketepikan batas pegangan dan ideologi politik masing-masing (dan) jika ia dapat diteruskan dalam aspek lain, ia boleh menyumbang keberhasilan yang lain pula," katanya seperti dilaporkan Bernama. – 9 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/banjir-eratkan-hubungan-pas-dan-umno-lapor-akhbar#sthash.zH1kF7Hm.dpuf
0 Komentar untuk " Banjir eratkan hubungan PAS dan Umno, lapor akhbar "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ