Charlie Hebdo: Seorang Suspek Terbunuh, Dua Ditahan - Laporan Tidak Rasmi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Charlie Hebdo: Seorang Suspek Terbunuh, Dua Ditahan - Laporan Tidak Rasmi

Laporan tersebut mendakwa dua daripada suspek merupakan adik beradik sementara seorang lagi suspek merupakan remaja lelaki berusia 18 tahun.

Polis juga telah mengeluarkan waran tangkap untuk menahan ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan 12 individu yang menyerang Charlie Hebdo pada Rabu.

Mereka dikenalpasti sebagai  Said Kouachi, 34, Cherif Kouachi, 32, dan Hamyd Mourad.

Sumber polis mengatakan salah seorang daripada suspek dikenalpasti melalui kad pengenalannya yang tertinggal di kereta yang ditinggalkan oleh mereka.

Adik beradik Kouachi berasal dari Perancis sementara Mourad pula berasal daripada bandar raya timur laut,  Reims, menurut satu laporan.

Salah seorang daripada dua beradik itu mempunyai rekod terlibat dengan aktiviti keganasan.

Serangan ke atas akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo, disifatkan sebagai insiden berdarah terburuk pernah berlaku di Perancis.

Ia didakwa dilakukan kumpulan militan Islam kerana akhbar tersebut pernah membangkitkan kemarahan orang Islam apabila menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW.

0 Komentar untuk " Charlie Hebdo: Seorang Suspek Terbunuh, Dua Ditahan - Laporan Tidak Rasmi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ