Banjir yang diturunkan oleh Allah SWT di Malaysia bermula pada 15 Disember, hinggalah sekarang, menampakkan lagi ujian bagi orang orang yang beriman dan bala bencana bagi mereka yang mengingkari arahanNya.
Mula bergerak bersama rombongan ke Kelantan pada 22 Disember, Isnin, pada waktu malam. Keesokan paginya, pada 23 Disember, Selasa, langkahan ini bermula melihat kawasan banjir bagi menyalurkan bantuan dan keringat. Seawal paginya tiba di Kelantan dan menziarahi beberapa buah kawasan antaranya Pasir Mas. Berkhidmat untuk masyarakat Kelantan sedaya yang mungkin sehingga terpaksa ke Lenggong pada malam harinya kerana mendapat khabar berita banjir di tempat sendiri.
Hari Rabu, 24 Disember, menziarahi kawasan sendiri yang dilimpahi banjir, termasuk persekitaran Maahad Tahfiz Al Quran Lid Dakwah wal Imamah, Kampung Luat. Saya dan rombongan terpaksa menaiki sampan atau bot untuk ke sekolah yang menjadi pusat penempatan mangsa banjir. Hati ini merasa ringan untuk membantu masyarakat sekeliling. Seharian bersama masyarakat Lenggong dalam proses memindah barang dan menyelamat.
Pada Hari Khamis 25 Disember, saya bersama rombongan bergerak ke Kuala Kangsar seawal pagi untuk menziarahi jiran sebelah daerah. Keadaan mereka lebih rumit berbanding Lenggong, semoga ujian ini bagi mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang turut sama mencemar duli turun ke kawasan banjir. Setelah hampir seharian di sana, rombongan ini kembali ke Lenggong sebagai persiapan ke Kampung Gajah dan Parit pada keesokan harinya.
Jumaat 26 Disember, sekali lagi saya bersama rombongan bergerak ke POB Kampung Gajah menziarahi mangsa banjir, melihat kawasan kawasan yang tenggelam dan bergerak pula ke Parit. Keadaan mereka yang agak kritikal dengan terputus bekalan elektrik, paras air yang tinggi serta laluan yang sukar untuk ke sana. Terpaksa meredah beberapa buah banjir dengan menggunakan kenderaan 4wd.
Sabtu, 27 Disember, langkahan kami kembali ke Lenggong, di awal paginya menziarahi penempatan mangsa banjir, di Sekolah Kebangsaan Luat bersama bekalan makanan untuk disalurkan kepada mereka. Seterusnya bergerak pula ke Kampung Gelok, menziarahi mangsa banjir dan menyumbang bahan bahan mentah. Dalam pada itu juga turut menziarahi sepasang pengantin yang bakal mengadakan walimatul urus pada keesokan harinya, yang diuji dengan tanah runtuh sehingga menimpa khemah serta kerusi untuk persiapan.
Tika itu juga sempat mengepalai bacaan tahlil serta mengimamkan solat jenazah seorang AJK PAS Cawangan yang meninggal dunia, bertempat di Kampung Gelok. Sempat juga menziarahi keluarga si mati, dan mendoakan semoga jasa beliau terhadap PAS menjadi saham yang dikira oleh Allah SWT. Setelah seharian bersama masyarakat Kampung Gelok, kembali ke Kampung Luat yang diuruskan dengan kemas oleh Jabatan Amal dan masyakarat sekampung.
Semalam, 28 Disember, Hari Ahad, bergerak ke Kampung Air Jada seawal paginya setelah mendapat khabar berita berlakunya tanah runtuh di kawasan tersebut. Sempat beramah mesra serta menyampaikan sumbangan untuk mangsa. Setelah itu, kami bergerak pula ke Kampung Sumpitan yang turut ditimpa krisis.
Di sana, kami menziarahi masyarakat setempat, dan saya mentahnik sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan. Di tengah malam sekitar jam 12.30 pagi, kami bergerak pulang ke Kampung Luat.
Hari ini, 29 Disember, kami masih lagi meneruskan langkahan dan usaha berkhidmat untuk masyarakat. Bukanlah untuk keuntungan poket sendiri, bukan juga untuk dimuatkan dalam majalah atau akhbar, akan tetapi mengharapkan keredhaan Allah SWT agar mereka memahami Islam melalui usaha usaha kebajikan.
Terus beristiqamah,
Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
7 Rabiul Awwal 1436
Isnin 29 Disember 2014

0 Komentar untuk " Catatan Banjir : Semoga Masyarakat Mengenali Islam "