"MEMANG saya dapat biasiswa, tapi tidaklah sebanyak mana. Apatah lagi tinggal di Kuala Lumpur yang rata-rata barangannya agak mahal. Keperluan pembelajaran di universiti pula bukannya murah. Nak fotostat nota kawan pun, perlukan beberapa ringgit.
"Keluarga ada hulur duit setiap bulan, itupun masih tidak cukup. Tak tergamak untuk minta duit lebih kerana ayah dan ibu turut menanggung beberapa orang adik saya yang masih belajar di universiti.
"Mahu atau tidak, saya perlu cari duit poket sendiri dan setakat ini hasil jualan burger pada waktu malam di kampus, banyak membantu masalah kewangan yang dihadapi," kata Mohd Firdaus Yahya, salah seorang siswa dari universiti tempatan.
Situasi di atas adalah perkara biasa yang berlaku kebelakangan ini. Siswa berniaga dan bergelar usahawan pada usia muda bukanlah perkara baru.
Ke mana sahaja kita pergi, pastinya akan kelihatan ramai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berniaga secara sambilan semata-mata untuk mencari duit poket.
Berniaga burger, kad tambah nilai pra bayar, makanan ringan, khidmat menyunting tugasan, cetakan t-shirt, khidmat dobi, baik pulih laptop dan macam-macam lagi dipilih penuntut untuk mendapatkan duit poket bagi menampung perbelanjaan harian. Tidak kisahlah berniaga di dalam kampus atau di luar kampus, yang penting, duit 'masyuk' secara halal.
Bagi IPT tempatan, kewujudan ruang niaga untuk penuntut dilihat satu perkembangan begitu baik dan satu galakan kepada penuntut terbabit untuk mendalami strategi perniagaan dan meneroka ruang pasaran lebih luas apabila tamat pengajian kelak.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sendiri telah mewujudkan pelbagai kemudahan untuk penuntutnya menjalankan perniagaan.
Pejabat HEP, di bawah pentadbiran dan pengurusan TNC HEP, Prof Madya Dr Izaidin Abdul Majid, dengan seliaan Unit Keusahawanan HEP, telah menyediakan kiosk-kiosk niaga bagi penuntut di kolej-kolej kediaman dan kawasan sekitar universiti.
Sebuah tempat khas iaitu Permatang Pelajar juga telah di sediakan dengan kapasiti dan fasiliti bagi kemudahan siswa. Keutamaan fasiliti perniagaan ini adalah kepada siswa UTeM sahaja dan kebanyakan produk yang diniagakan adalah makanan dan minuman, alat- tulis, pakaian dan sebagainya.
Penolong Pendaftar Unit Keusahawanan, Muhamad Zulkhalid Md Isa, 33 berkata, selain ruang niaga dan fasiliti sedia ada, UTeM juga kerap mengadakan program dan aktiviti untuk penuntut dan setiap program tersebut akan di selitkan aktiviti perniagaan.
"Misalnya, semasa kejohanan sukan di UTeM, akan di buka peluang dan ruang untuk penuntut membuka gerai jualan untuk keperluan program tersebut.
"Untuk program utama tahunan UTeM juga, akan di adakan Konvo Fest UTeM yang akan melibatkan pelbagai peniaga dari luar dan siswa sendiri. Konvo Fest UTeM yang di selia oleh Unit Keusahawanan HEP ini telah membuka peluang dengan memberikan gerai niaga kepada mereka untuk menjalankan perniagaan sepanjang Konvo Fest UTeM berlangsung," katanya dengan menambah UTeM sendiri banyak menganjurkan kursus-kursus dan aktiviti berciri keusahawanan.
Ini adalah sebagai salah satu pendedahan dan galakan kepada siswa untuk berniaga dalam memupuk sifat dan minat keusahawanan dalam kalangan mereka. Usaha ini adalah satu inisiatif berterusan dan ramai graduan UTeM yang telah terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan selepas tamat pengajian. Ini merupakan hasil dari usaha dan inisiatif UTeM sendiri dalam melahirkan sumber modal insan bagi memacu kemajuan Negara.
Tidak terganggu
Penglibatan siswa dalam bidang usahawan ini, tidak sedikit pun mengganggu rutin pembelajaran mereka kerana sebelum mereka memohon untuk menjalankan perniagaan di UTeM, pastinya penuntut ini sudah mengenal pasti kemampuan sendiri dan dapat menguruskan masa dengan baik.
"Pihak UTeM tidak pernah memberikan tekanan dan paksaan kepada penuntut untuk berniaga, malah pelbagai insentif telah diberikan termasuk tiada yuran sewaan premis dan fasiliti dikenakan kepada mereka.
"Perniagaan tidak dapat lari dengan pengurusan masa yang berkesan dan berkualiti, dengan itu secara automatik siswa dapat mempelajari kaedah pengurusan masa yang betul dan dapat membahagikan masa antara kuliah, pelajaran dan aktiviti perniagaan," katanya.
Akhiri Zulkhalid, Unit Keusahawanan berharap siswa dapat mengambil kesempatan untuk mempelajari segala ilmu terutama dalam bidang keusahawanan kerana dapat memberi nilai tambah dan meningkatkan soft skills siswa bagi berdepan dengan persaingan selepas bergraduat nanti.

0 Komentar untuk " Atur strategi jana pendapatan "