Adabi tingkat pengeluaran produk - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Adabi tingkat pengeluaran produk

ADABI Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) menerusi anak syarikatnya, Powerpet Food Sdn Bhd (Powerpet Food) akan memfokuskan kepada pengeluaran produk makanan haiwan pada tahun ini.

Presidennya, Adrian Roslan berkata, syarikat itu dalam proses untuk mengeluarkan makanan kering khas untuk kucing dijangka pada suku pertama 2015, selain makanan haiwan lain.

“Pada 2014, Powerpet telah mengeluarkan makanan kucing jenis basah. Produk ini mempunyai nutrisi lengkap untuk haiwan ini dan mendapat pengesahan halal daripada Majelis Ulama Indonesia (MUI) kerana ia dibuat di kilang kami di Indonesia.

“Untuk produk makanan basah, kita akan buat di sini secara besar-besaran. Kami dalam usaha untuk mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Menurutnya, Adabi optimis untuk mencapai sasaran jualan RM1 juta sebulan bagi kedua-dua produk makanan haiwan itu.

Pada masa sama, beliau berkata, syarikat itu akan meningkatkan pengeluaran produk-produk berasaskan makanan dalam tin untuk pasaran eksport ke luar negara seperti Timur Tengah, Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Kami fokus kepada produk makanan dalam tin kerana ia memudahkan pengguna, selain mendapat penerimaan yang tinggi,” katanya.

Adrian berkata, pada tahun ini, Adabi menyasarkan pertumbuhan jualan syarikat meningkat kepada 18 peratus berbanding RM320 juta tahun lalu.

“Adabi sentiasa mengeluarkan produk baru. Pada tahun ini, dianggarkan purata 12 produk baru akan dikeluarkan.

“Jadi, peningkatan pertumbuhan syarikat ini akan dipacu oleh pengeluaran produk baru kami, selain pertambahan keluaran produk makanan dalam tin dan makanan haiwan,” katanya.

Adabi yang ditubuhkan pada 1984 dengan produk rempah kari, syarikat itu kini mempunyai 90 jenis produk di seluruh Malaysia dan antarabangsa.

0 Komentar untuk " Adabi tingkat pengeluaran produk "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ