Trend Generasi Y Terlibat Wakaf Positif - Jawhar - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Trend Generasi Y Terlibat Wakaf Positif - Jawhar

KUALA LUMPUR: Kecenderungan generasi Y untuk melibatkan diri dalam ibadat wakaf menunjukkan perkembangan positif, demikian menurut Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) Datuk Anan C Mohd.

Ini berdasar kepada jumlah pendaftaran pengguna khidmat dalam talian 'Wakaf Tunai' yang majoritinya terdiri daripada golongan berkenaan.

Katanya, sejak diaktifkan pada Julai tahun lepas, seramai 5,517 orang telah mendaftar dalam aplikasi 'Wakaf Tunai' yang membolehkan pengguna membuat 'pembayaran' wakaf secara dalam talian, selain peningkatan pemohonan pembayaran wakaf secara pemotongan gaji.

"Ini adalah produk baharu kita, setelah dibuat kajian, Jawhar mendapati cara tradisional, dengan mewakafkan tanah dan premis dilihat tidak relevan, terutama mereka di bandar.

"Jadi kita hasilkan sistem ini, supaya orang ramai boleh membuat ibadat berkenaan walaupun dengan jumlah sedikit," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Wakaf Antarabangsa 2014 di sini, Isnin.

Anan menyifatkan semangat membudayakan wakaf oleh generasi muda sebagai membanggakan walaupun jumlah kutipan wakaf melalui sistem itu tidak besar.

Jawhar yang ditubuhkan pada 2004 antara lain berfungsi memberi nasihat kepada Majlis Agama Islam Negeri dalam menguruskan aset wakaf masing-masing dan bertindak sebagai sumber dana kepada mereka.

0 Komentar untuk " Trend Generasi Y Terlibat Wakaf Positif - Jawhar "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ