Kalendar sukan jelas 'sibuk' sepanjang tahun ini, baik di peringkat dunia mahupun Malaysia sendiri. Rencah kehangatan 2014 bagi peminat di seluruh dunia pastinya tertumpu kepada Piala Dunia di Rio de Janeiro, Brazil, pada Jun lalu tetapi bagi sukan negara, fokus awal mula diberikan kepada kejohanan sukan antarabangsa seperti Piala Thomas dan dua temasya utama - Sukan Komanwel di Glasgow dan Sukan Asia di Incheon.
Bermula dengan Piala Thomas di New Delhi pada Mei lalu, pasukan badminton membuka tirai kesibukan dengan misi membawa pulang trofi Piala Thomas ke Malaysia selepas 22 tahun diharapkan berjaya tetapi tidak kesampaian, tewas kepada Jepun 3-2 di pentas final.
Begitupun, keputusan diraih pasukan badminton negara itu memperbaiki rekod 2012 selepas terkandas di suku akhir kepada China 3-0.
Pelengkap penyertaan
Hoki selepas itu menjadi tumpuan, beraksi di Piala Dunia di Belanda pada Jun namun penyertaan kita sekadar pelengkap apabila menduduki tangga tercorot.
Kali terakhir pasukan hoki kebangsaan menyertai Piala Dunia adalah pada 2002 di Kuala Lumpur dan menerima keputusan lebih baik, tempat ke-8 keseluruhan.
Satu-satunya temasya pelbagai sukan yang mengambil alih keceriaan arena sukan domestik ialah Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis di mana Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan selepas 28 tahun kemarau tanpa gelaran.
Kontinjen itu mengetepikan juara bertahan Terengganu apabila meraih 55 emas, 37 perak dan 49 gangsa dan hanya kelebihan empat kilauan emas daripada negeri dari Pantai Timur itu.
Tetapi, semuanya itu tidak bertahan lama, prestasi kontinjen negara di pentas antarabangsa dilihat seperti menunjukkan penurunan seterusnya menyebabkan kepada rombakan pucuk pimpinan Majlis Sukan Negara (MSN).
Di Sukan Komanwel Glasgow, Malaysia sekadar menuai enam emas, tujuh perak dan enam gangsa untuk menduduki tangga ke-12 keseluruhan - kurang satu emas daripada sasaran ditetapkan.
Harapan untuk memperbaiki kelemahan yang ada di Sukan Asia Incheon pada September juga musnah apabila pencapaian kilauan emas berkurangan berbanding edisi 2010 di Guangzhou.
Malaysia membawa pulang 5 emas, 14 perak, 14 gangsa - berkurangan daripada Guangzhou (9 emas, 18 perak dan 14 gangsa) seterusnya menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa perubahan di MSN dengan membuka tawaran iklan jawatan Ketua Pengarah - ketika itu disandang Datuk Seri Zolkples Embong.
SKUAD badminton negara muncul naib juara Piala Thomas di New Delhi, India, Mei lalu. - Foto Goh Thean Howe
Skandal bahan terlarang
Malaysia berdepan satu lagi dugaan di pentas dunia, dikejutkan dengan jagoan dunia dan juga tanah air, Datuk Lee Chong Wei didapati positif bahan terlarang dexamethasone ketika air kencingnya diambil di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos lalu.
Kesnya itu masih dalam proses perbicaraan dan sekiranya bersalah, dia boleh dikenakan penggantungan dua tahun selain pingat perak dimenanginya di Kejohanan Dunia tahun ini serta dua perak di Sukan Asia ditarik semula.
Cipta rekod dunia
Apa pun, bulan Disember seakan mampu menutup seketika detik kekecewaan negara apabila jaguh bina badan Sazali Samad meraih gelaran Mr Universe buat kali ke-10 di Kejohanan Dunia di Mumbai sekali gus mencipta rekod dunia memegang gelaran terbanyak dalam sejarah.
Sazali, 47, sebelum ini meraih gelaran berkenaan bermula di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Russia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013).
Skuasy juga tidak ketinggalan menambah ceria itu. Selepas membantu pasukan muncul naib juara Kejohanan Skuasy Wanita Berpasukan Dunia, ratu skuasy Datuk Nicol Ann David meraih gelaran dunia buat kali ke-8 apabila menewaskan Raneem El Weleily di Kejohanan Dunia di Mesir.
Kalah di pentas final
Tirai 2014 sukan negara, bagaimanapun, ditutup dengan sekali lagi kehampaan apabila skuad bola sepak negara bimbingan Dollah Salleh kurang bernasib baik untuk menjulang merangkul Piala Suzuki AFF selepas tewas kepada Thailand di pentas final dengan agregat 3-4.
Namun, kejayaan mara ke final setidak-tidaknya menepis keraguan awal terhadap keupayaan Harimau Malaya malah mereka berjaya menyatukan Malaysia apabila 100,000 penonton membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi final kedua dan membuktikan sokongan rakyat Malaysia terhadap sukan, tidak pernah berbelah bahagi.

0 Komentar untuk " Suka-duka arena sukan tanah air "