Peranan sukarelawan universiti hadapi banjir - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Peranan sukarelawan universiti hadapi banjir

Menjelang ambang tahun 2015, negara dikejutkan dengan bencana banjir yang serius di lima negeri iaitu Kelantan., Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah. Di Kelantan, perhubungan darat terputus dan tinggal satu jalan masuk ke negeri itu.

Perdana Menteri sudah mengarahkan semua pihak agar bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk membantu mangsa banjir. Pihak universiti kini giat membantu pihak yang tidak bernasib baik dengan menghantar pelbagai bantuan seperti makanan dan derma kilat.

Selain memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan, universiti juga bersiap siaga sekiranya kampus mereka dilanda bencana banjir. Sebelum ini, warga universiti dikejutkan dengan kejadian banjir yang berlaku di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) pada November 2014, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada Jun 2014 dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada penghujung tahun 2006.

Universiti yang berada di negeri yang selalu terbabit dengan banjir pula telah sentiasa bersiap sedia dengan jentera operasi dan penubuhan bilik operasi dan pusat penempatan. Kebiasaannya, pasukan beruniform seperti PALAPES, KOR-SUKSIS dan SISPA akan menjadi barisan hadapan dalam operasi sebegini.


Di universiti, penubuhan sukarelawan menghadapi bencana telah pun digerakkan melalui Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) di bawah Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Rektor (Hal Ehwal Pelajar). Semua sukarelawan ini sentiasa bersiap siaga untuk memberi bantuan sepanjang masa.

Bantu komuniti

Di sinilah peranan mahasiswa dalam membantu komuniti serta merasai permasalahan masyarakat. Elemen sukarelawan dalam menjalankan kerja-kerja bakti dan berbentuk bantuan tenaga amat diperlukan dalam diri mereka sebelum menjadi insan berguna di pasaran kerja.

Pembabitan aktif mereka dalam kerja sebegini amat perlu kerana pada suatu hari nanti mereka mungkin akan terbabit dalam mengendalikan pengurusan krisis dan bencana di organisasi mahupun di tempat kerja seperti seorang seorang guru mahupun sebagai wakil rakyat.

Setidaknya, apabila berlaku bencana golongan ini akan aktif membantu menggerakkan kerja-kerja bencana daripada sekadar melihat dan meninjau keadaan bencana sambil menyarung kasut ala 'Phua Chu Kang.'

Di UPSI, penubuhan Pasukan Penyelamat atau 'Rescue Team' sudah sekian lama ditubuhkan di bawah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.

Pasukan ini pernah memberi bantuan bencana banjir di Kota Tinggi, Johor pada 12-17 Januari 2007, Pekan, Pahang 15 Disember 2007 dan Operasi Tragedi Jambatan Runtun di Kuala Dipang pada 2009.

Kini, Misi Bantuan Kemanusiaan digerakkan oleh UPSI melalui Persatuan Geografi, Fakulti Sains Kemanusiaan yang sebelum ini pernah menghulurkan bantuan banjir di Alor Pongsu, Perak dan terbaru di kawasan banjir di Behrang Stesen, Kg Gesir dan Kg Selisik di Hulu Selangor dan Perak.

Skuad UPSI

Atas keprihatinan kepada bencana di Kelantan, Pasukan Penyelamat UPSI yang terdiri daripada 34 sukarelawan telah ke sana bagi menghulurkan bantuan dengan membawa bersama aset menyelamat.

UPSI turut menjemput kakitangan dan pihak yang ingin memberi sumbangan dengan menyalurkan bantuan dalam bentuk barangan/makanan, selimut/kewangan di Bilik Gerakan Bantuan Kemanusiaan Banjir di Fakulti Sains Kemanusiaan atau menghubungi di talian 013-7679960.

Selain UPSI, Misi Bantuan Kemanusiaan kini telah pun digerakkan oleh universiti awam yang lain kerana menyedari betapa penting dan bernilainya memberi sumbangan sesama manusia khasnya yang dilanda musibah. Melalui sumbangan sukarelawan dan pihak yang memberi apa jua bantuan tentunya akan memberi keringanan kepada mereka untuk membina semula kehidupan.

Ahmad Firdaus Dzulkarnain,

Pegawai Khas Timbalan

Naib Canselor,

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPSI.



0 Komentar untuk " Peranan sukarelawan universiti hadapi banjir "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ