Kelantan perlu bangunkan dulu ekonomi negeri sebelum melaksanakan hudud, kata NGO Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Disember, 2014.
Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam atau hudud masih belum sesuai di Kelantan kerana masih banyak kelemahan yang belum diatasi kerajaan negeri, kata Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).
Badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu berpendapat, dalam keadaan sistem ekonomi yang tidak stabil dan peluang pekerjaan masih kurang di Kelantan, pelaksanaannya akan mengundang satu sistem tidak adil kepada rakyat.
“Pelaksanaan hudud perlu menegakkan Islam dulu, seperti isu ekonomi, supaya berlaku keadilan dalam pengagihan kekayaan dan peluang pekerjaan.
“Dalam keadaan ada orang tiada pekerjaan, kerajaan tidak cukup berlaku adil dan sistem tidak ditegakkan, ia sebenarnya tidak sesuai,” kata presidennya Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad kepada The Malaysian Insider.
Katanya, ulama berpandangan, hudud hanya membentuk 2% daripada hukum syariah Islam dan konsep syariah perlu dilihat serta diamalkan dalam skop yang lebih luas.
Katanya, pelbagai kelemahan yang masih belum diatasi kerajaan negeri akan membuka kepada ruang syubhah (perasaan ragu-ragu kerana maklumat tidak jelas) menyebabkan hudud tidak boleh dilaksanakan.
“Kita tegakkan dulu sistem ekonomi, politik dan sosial. Bila sistem dan manusia dibangunkan, baru kita laksanakan hudud itu kemudian.
“Situasi syubhah mengangkat pelaksanaan hudud kerana hadis Rasulullah bermaksud ‘hudud itu terangkatnya dengan suasana syubhah’ iaitu suasana tidak yakin,” katanya.
Beliau berkata, kesempitan hidup, tiada peluang pekerjaan sehingga berlakunya jenayah kecurian akan membuka ruang syubhah.
“Bila sistem tertegak, barulah kita dapat keadilan Islam itu. Jika tidak, waktu ini salah penggunaan dan pelaksanaannya,” katanya.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada Sabtu menangguhkan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual semalam bagi membentangkan pindaan kepada enakmen negeri membolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu.
Katanya, semua wakil rakyat di negeri itu sedang sibuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir.
Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berpendapat, kerajaan negeri Kelantan perlu meyakinkan rakyat yang ia mampu membawa perubahan kepada sistem urus tadbir yang lebih baik.
Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, penambahbaikan itu penting bagi mengelak undang-undang syariah Islam terutamanya hudud diperlekehkan pihak lain.
“Mereka mesti berjaya meyakinkan semua pihak dan berusaha memperbaiki ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
“Jika tidak, masyarakat akan hilang keyakinan terhadap perundangan syariah sebagaimana yang kita lihat di negara lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Amidi berkata, hudud sewajarnya dijadikan agenda umat Islam dan bukannya agenda parti politik tertentu bagi meraih kepentingan atas pelaksanaannya.
Katanya, berdasarkan pandangan ulama, kerajaan negeri Kelantan yang lebih berhak memutuskan pelaksanaan hudud dan ia tidak terletak di tangan rakyat.
“Kalau hudud dijadikan agenda politik, perundangan syariah tidak dapat memberikan wajahnya yang sempurna.
“Agenda umat hanya boleh dilaksanakan dengan pendekatan dakwah. Itu yang dibawa Rasulullah, termasuk fahaman dan kerjasama semua pihak,” katanya.
Beliau berkata, dalam menjadikan hudud sebagai agenda umat, ia seharusnya diamalkan dalam kerangka lebih luas, termasuk transformasi kepada institusi kehakiman negara.
“Contoh popular apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim minta diadili di Mahkamah Syariah berkaitan kes liwatnya, tetapi kenapa mahkamah itu berkata tiada bidang kuasa?” katanya merujuk kes ketua pembangkang itu yang masih menunggu keputusan di Mahkamah Persekutuan. – 30 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-belum-sesuai-bangunkan-dulu-ekonomi-kelantan-kata-ngo-islam#sthash.ofpXXYwl.dpuf

0 Komentar untuk " Hudud belum sesuai, bangunkan dulu ekonomi Kelantan, kata NGO Islam "