Penternakan beri pendapatan lumayan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Penternakan beri pendapatan lumayan

GOLONGAN muda perlu menerokai bidang penternakan yang mampu memberikan pendapatan lumayan jika tahu selok-beloknya.

Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, bidang penternakan bukanlah bidang glamor menyebabkan kekurangan orang muda dalam bidang tersebut.

“Biasalah kerja sebagai peladang atau penternak bukanlah sesuatu yang glamor terutamanya bila kena bersih kandang lembu atau kambing. Golongan muda pada masa kini tidak menyedari bahawa bidang penternakan mampu menjana pendapatan yang lumayan," katanya
ketika ditemui, baru-baru ini.

Beliau berkata, jika ingin menceburi bidang penternakan, mereka perlu mengikuti program disediakan agar mereka bersedia dan mendapat latihan sepenuhnya.

“Kami di peringkat Jabatan Veterinar sentiasa bersedia membantu golongan muda yang meminati bidang penternakan dalam pelbagai aspek seperti latihan dan dana,” katanya.

Beliau berkata, jika ingin berjaya dalam industri penternakan, golongan muda perlu memanfaatkan penggunaan teknologi serta memberi komitmen yang tinggi.

0 Komentar untuk " Penternakan beri pendapatan lumayan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ