Pakatan perlu batalkan kerjasama dengan PAS jika terus laksana hudud, kata DAP - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pakatan perlu batalkan kerjasama dengan PAS jika terus laksana hudud, kata DAP

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata PAS perlu menunjukkan komitmen dalam menegakkan rangka kerja polisi bersama jika ingin kuasa politik Pakatan Rakyat kekal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2014.

DAP memberi kata dua kepada rakan mereka, PAS supaya menghentikan pelaksanaan hudud yang bakal dibentangkan dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 29 Disember ini.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai pilihan selain mebatalkan kerjasama dengan PAS serta merta.

"Jika PAS meneruskan dan membentangkan rang pada 29 Disember ini, saya berpandangan PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan semua hubungan kerjasama dengan PAS," kata Gobind dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Puchong itu berkata jika PR mahu menjadi sebuah kuasa kuat dan dipercayai rakyat, mereka perlu kekal kepada pendirian bersama.
"Jika PR mahu kekal menjadi kuasa politik yang disegani, dihormati dan dipercaya rakyat, kita perlu tunjukkan komitmen menegakkan rangka kerja polisi bersama.

"Walaupun terpaksa putuskan hubungan dengan mana-mana rakan yang mengancam semangat kerjasama PR selama ini," katanya.

Gobind menyifatkan PAS seolah-olah cuba memaksa perpecahan dalam gabungan pembangkang tersebut dengan meneruskan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

"PAS mahu mencetuskan perpecahan dalam PR dengan meneruskan rang hudud pada 29 Disember ini walaupun mengetahui bantahan daripada DAP dan tiada perbincangan dengan PKR serta DAP mengenai perkara tersebut," katanya.

Gobind menyifatkan PAS melanggar rangka kerjasama dalam PR.

Awal hari ini, Ketua Pembangkang Parlimen DAP Lim Kit Siang juga memberi amaran untuk memboikot mesyuarat gabungan tersebut pada masa depan jika kerajaan PAS Kelantan meneruskan pelaksanaan hukum hudud.

Pengumuman kerajaan Kelantan untuk mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 mencetuskan pelbagai reaksi, dengan DAP antara paling lantang membidas langkah tersebut.

DAP berkata tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi yang dipersetujui PR.

Tindakan kerajaan Kelantan itu menyebabkan hubungan antara parti dalam PR retak khususnya semasa berlaku krisis menteri besar Selangor. – 24 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-perlu-batalkan-kerjasama-dengan-pas-jika-terus-laksana-hudud-kata-d#sthash.EpY61VtD.dpuf
0 Komentar untuk " Pakatan perlu batalkan kerjasama dengan PAS jika terus laksana hudud, kata DAP "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ