Orang muda kurang minat pertanian - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Orang muda kurang minat pertanian

KURANGNYA penglibatan orang muda dalam bidang pertanian merupakan satu dilema bagi industri itu dan perlu dipandang serius dalam mencari penyelesaiannya.

Timbalan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Syed Ismail Syed Bakar berkata, masalah itu wujud disebabkan oleh beberapa faktor seperti budaya dan sumber tanah yang terhad.

“Ibu bapa inginkan anak mereka berjaya dan tidak mengikut jejak langkah mereka menjadi petani tetapi mendapatkan pekerjaan seperti doktor, guru dan sebagainya.

“Bagi saya itu adalah konsep lama memandangkan kita semakin maju dengan teknologi dan golongan muda mampu menjana pendapatan lumayan jika memanfaatkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Menurutnya, kekurangan tanah untuk aktiviti pertanian juga mengehadkan golongan muda untuk terlibat dalam pertanian mahupun penternakan seperti masalah tanah pusaka.

Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan moto 'Pertanian Adalah Perniagaan' yang membawa maksud bidang ini bukan hanya setakat cukup makan tetapi mampu menjana pendapatan lumayan.

“Kami di peringkat LPP sentiasa memberi peluang kepada golongan muda untuk melibatkan diri dalam industri pertanian dan asas tani seperti merekrut peladang muda, mewujudkan kumpulan peladang muda dan sambutan hari peladang.

“Kami turut menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan bagi golongan muda yang ingin menceburi industri pertanian terutamanya pertanian moden,” katanya.

0 Komentar untuk " Orang muda kurang minat pertanian "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ