Kawal kenaikan kos dengan teliti gaya hidup - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kawal kenaikan kos dengan teliti gaya hidup

PENINGKATAN kos sara hidup boleh dikawal dengan meneliti inflasi gaya hidup peribadi seseorang, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saving Plus Sdn Bhd, Liew Ooi Hann.

Saving Plus menguruskan portal aplikasi dan perbandingan produk kewangan, ringgitplus.com.

Liew berkata cara terbaik untuk menguruskan kos sara hidup ialah menjalankan kajian dan bertindak atas corak perbelanjaan.

"Walaupun kita tidak boleh mengawal harga barang dan perkhidmatan secara langsung, kajian ringkas ke atas corak perbelanjaan anda dari tahun ke tahun, akan memberitahu nilai barang yang anda beli, kebiasaannya akan meningkat seiring dengan pendapatan anda.

"Anda boleh menguruskan perkara ini ketika berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan," katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan pada April tahun depan, Liew berkata adalah penting untuk memahami bahawa cukai baharu itu sebenarnya penggantian kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

"Bagi barang-barang dan perkhidmatan yang sebelum ini tidak termasuk dalam sistem SST, kami menjangka ada kenaikan harga. Tetapi bagi barang yang sebelum ini telah dikenakan cukai SST sebanyak 10 peratus, kami berpendapat harga barang ini akan turun selepas perlaksanaan CBP," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif bagi Pembangunan Perniagaan syarikat, Siew Yuen Tuck berkata portal aplikasi dan perbandingan produk kewangan itu boleh membantu pelanggan mendapatkan lebih nilai untuk wang.

"Kami boleh membantu anda, tidak kira untuk permohonan kad kredit atau pinjaman peribadi, merancang gadai janji terbaik untuk rumah anda atau mencari diskaun hebat.

"Portal itu kadang-kadang memberikan tawaran istimewa untuk sesetengah produk perbankan," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Kawal kenaikan kos dengan teliti gaya hidup "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ