Online bantu usahawan PKS - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Online bantu usahawan PKS

PERNIAGAAN atas talian atau online dijadikan model baharu membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk serta melebar pasaran ke peringkat antarabangsa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, satu pelan baharu akan dilaksanakan menerusi kerjasama beberapa agensi bagi membantu produk PKS menembusi negara Asia.

Transformasi itu sejajar kemudahan penggunaan media sosial yang perlu dimanfaatkan usahawan Bumiputera.

"Kaji selidik SME Corp mendapati, penggunaan perniagaan elektronik di kalangan PKS masih rendah. Dari 2,079 responden terlibat bagi kajian suku tahun pertama, hanya 7.6 peratus guna  atas talian.

“(Sebab itu) kita promosi eksport perniagaan guna atas talian bagi meningkatkan penjualan," katanya selepas merasmikan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh, semalam.

Sementara itu, Mustapa berkata, Showcase SDSI mendedahkan kepada umum bahawa produk keluaran usahawan PKS sememangnya mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan.

0 Komentar untuk " Online bantu usahawan PKS "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ