Labur RM43 juta bina 500 rumah mampu milik - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Labur RM43 juta bina 500 rumah mampu milik

PERBADANAN Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) akan membina 500 buah rumah mampu milik dengan jumlah pelaburan RM43 juta di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan dijangka siap pada 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, projek rumah mampu milik itu dilancarkan beberapa bulan lepas, sudah 10 peratus dalam proses pembinaan.

Menurutnya, PKINK akan membina 300 rumah kos sederhana di seluruh Kelantan dan servis apartmen yang dijangka siap menjelang akhir tahun depan.

“PKNIK akan membangunkan projek ‘Water Front’ di Kota Bharu dengan pelaburan RM200 juta dan dijangka siap pada 2017 serta Tok Bali Marine Township. PKINK merancang membangunkan Bandar Baru Sungai Terah yang dalam perbincangan akhir bersama pemaju.

“PKINK juga dalam perbincangan peringkat akhir bersama Kementerian Kewangan untuk membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) di KB Cyber Plaza, Kota Bharu.

Pembinaan tersebut melibatkan RM43 juta. Ia dijangka beroperasi pada Julai 2015,” katanya yang berkunjung ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), kelmarin.

0 Komentar untuk " Labur RM43 juta bina 500 rumah mampu milik "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ