KELMARIN penulis berkesempatan menziarahi pusat pemindahan banjir di sekitar Tumpat, Kelantan. Seharian di sana, penulis beramah mesra dengan mangsa yang rata-rata datang sehelai sepinggang kerana air naik dengan agak pantas, tatkala mereka baru hendak berpindah.
Penulis tersentuh hati apabila beberapa mangsa mengadu perihal peribadi mereka yang memikirkan bagaimana untuk melunaskan hutang-piutang disebabkan tidak dapat turun bekerja hampir seminggu. Ada juga risau untuk membayar ansuran pembiayaan perumahan yang dinaiki air dan pelbagai lagi.
Mendengar keresahan dan kesulitan yang dilandai ramai mangsa banjir di negeri ini, terfikir di minda penulis, apakah masih ada sekelumit perasaan ihsan dan kasihan belas pemain industri perbankan terutamanya perbankan Islam hari ini?
Sewaktu penulis menjadi Pengerusi Syariah Affin Islamic Bank dulu, inilah antara isu yang sering penulis bangkitkan pada pihak pengurusan agar sentiasa meletakkan prinsip ihsan dalam operasi perniagaan bank yang berorientasi syariah.
Prinsip ihsan yang mendasari operasi perbankan Islam sebagaimana tuntutan syarak sentiasa mengambil kira kepayahan pelanggan dalam membayar balik hutang pembiayaan, terutamanya kejadian di luar kehendak dan upaya pelanggan seperti bencana alam dan hilang punca pendapatan.
Islam tidak pernah menghalang manusia daripada berusaha mencari keuntungan dan mengumpul kekayaan, tetapi ia juga menagih suatu tanggungjawab sosial yang harus ditunaikan. Ia bukan hanya pemberian hadiah dan derma secara bermusim dengan mengharapkan publisiti media secara meluas atau ungkapan retorik sebagai halwa telinga dan meniti di bibir sahaja.
Apa yang dimaksudkan tanggungjawab sosial adalah suatu komitmen tinggi untuk menjayakan setiap agenda kemanusiaan berteraskan prinsip keadilan dan keihsanan terhadap pembelaan golongan miskin, terlantar dan terbiar serta masalah kemanusiaan lainnya tanpa terikat dengan kepentingan diri mahupun percaturan untung rugi ekonomi.
Hakikatnya, memberi kelonggaran dalam membayar balik hutang pembiayaan hatta melupuskan terus hutang yang dibiayai pelanggan merupakan cerminan nilai-nilai tanggungjawab sosial yang menjadi teras dalam prinsip muamalah Islam.
Sebagai agama yang menitikberatkan soal keadilan dan keihsanan, Islam sejak awal lagi menggariskan pelbagai pendekatan dalam muamalah kewangan yang boleh dimanfaatkan, khususnya dalam membantu mereka yang dilanda musibah.
Antaranya, memberikan pengurangan terhadap jumlah hutang perlu dilunaskan peminjam atau melupuskan terus pinjaman sebagai sedekah. Firman ALLAH SWT: "Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) jika kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)." (Surah Al-Baqarah: 280)
Dalam kaedah muamalah Islam, memberikan pengurangan terhadap pembayaran balik pinjaman oleh pihak pemberi hutang juga dikenali dengan prinsip yang diistilahkan sebagai dha wa ta’ajjal.
Prinsip ini berasaskan kepada hadis Nabi Muhammad SAW, sebagaimana diriwayat Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW pada satu hari telah memerintahkan Bani Nadir untuk meninggalkan Madinah.
Kemudian Baginda dimaklumkan masih ramai dalam kalangan penghuni Madinah yang berhutang wang dengan mereka. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Berilah pengurangan terhadap hutang tersebut dan mudahkan cara pembayaran”. (Riwayat Al-Baihaqi)
Berpandukan ayat al-Quran dan hadis inilah ulama berpendapat prinsip mengurangkan jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang adalah dibenarkan dan digalakkan dalam Islam. Bahkan, ganjarannya diumpamakan seperti memberi sedekah terutamanya kepada mereka yang berada di dalam kesulitan dan kepayahan lantaran ditimpa bencana atau malapetaka.
Ulama terkemuka seperti Ibnu Qayyim di dalam bukunya I’lam al-Muwaqqi’in turut menegaskan prinsip dha wa ta’ajjal ini amat jauh berbeza dengan riba. Ini kerana riba ialah sesuatu yang memberi tambahan nilai terhadap hutang sedangkan prinsip dha wa ta’ajjal pula sebaliknya. Riba berlaku apabila terdapat sebarang bentuk penambahan daripada jumlah asal hutang sama ada disebabkan oleh kelewatan dalam melunaskan hutang mengikut tempohnya ataupun tidak.
Sebaliknya prinsip dha wa ta’ajjal yang dibenarkan syarak ialah apabila pemberi hutang memberi diskaun atau pengurangan jumlah hutang sebagai salah satu insentif bagi mempercepatkan proses pelunasan hutang.
Justeru, bank Islam harus terus membantu pelanggan yang dilanda musibah. Memberi kelonggaran dalam pembayaran mahupun melupuskan terus hutang adalah suatu manifestasi tanggungjawab sosial yang besar maknanya dalam Islam. Ia juga akan memastikan institusi perbankan Islam sentiasa diberkati lantaran memartabatkan tuntutan syarak.
* Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Musibah banjir dan ihsan berhutang "