Malaysia hadapi cabaran IS bersama masyarakat antarabangsa - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Malaysia hadapi cabaran IS bersama masyarakat antarabangsa

KUALA LUMPUR: Untuk kali kedua, Malaysia diuji dalam menghapuskan gerakan subversif militan menerusi pendekatan holistik bersama masyarakat antarabangsa menangani ancaman kumpulan IS.

Penentangan gerakan subversif pertama negara ialah terhadap pengaruh komunis dalam era 50-an dan 60-an membabitkan Parti Komunis Malaya dan konfrontasi dengan Parti Komunis Indonesia, ketika era kepimpinan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Kali ini, anakanda Tun Razak, Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib mengharungi cabaran gerakan pengganas dalam era kesaling hubungan digital menentang IS bersama 190 negara di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Komitmen Malaysia amat tinggi apabila Dewan Rakyat meluluskan usul Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS' yang dibentangkan di Dewan Rakyat, 26 November lalu.


Kertas Putih itu mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman pengganasan dan militan.

Najib berkata kerajaan mencadangkan undang-undang baharu bagi membanteras pembabitan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan dan pengganasan yang akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang. IS berasal daripada golongan pelampau berpegang kepada ideologiSalafi-Jihadi yang memperjuangkan penubuhan Daulah Islamiah melalui peperangan serta mengkafirkan pemerintah Islam yang tidak menegakkan hukum syariah.

Kumpulan itu memberi tafsiran berbeza terhadap sempadan dan batas-batas jihad apabila mereka menolak definisi jihad sebenar yang berasaskan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Ini dikatakan membolehkan anggotanya membunuh sesiapa sahaja tanpa mengira orang Islam atau bukan Islam selain menghalalkan tindakan yang lebih agresif dan kemusnahan harta benda walaupun membabitkan hak saudara seagama mereka sendiri.

Menurut Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, IS merekrut anggotanya dari seluruh dunia termasuk Malaysia menggunakan media sosial terutama Facebook.

IS merekrut anggota baharu dengan menyasarkan golongan pelajar sekolah,penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pekerja swasta dan kerajaan.

Sejak Februari tahun lalu, 40 orang ditahan dipercayai terbabit dalam kumpulan itu, manakala lima lagi suspek masih diburu.

Antara mereka yang diburu ialah seorang pensyarah FakultiPengajian Islam Universiti Malaya (UM), seorang pemilik kedai fotostat dan alat tulis UM dan kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang yang disyaki merancang untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria.

Sehingga kini, 13 suspek didakwa dan daripada itu, 11 orang didakwa di bawah kesalahan berkaitan keganasan Kanun Keseksaan manakala dua orang lagi di bawah Akta Senjata Api.

Pada masa sama, sebanyak 15 orang suspek juga masih dalam siasatan polis manakala 12 orang dibebaskan kerana tidak mempunyai bukti kukuh untuk pendakwaan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.

Majlis Fatwa Kebangsaan merumuskan penyertaan umat Islam negara ini dalam militan IS di Iraq dan Syria adalah bertentangan dengan syarak dan kematian mereka tidak dikategorikan sebagai mati syahid.

- BERNAMA


0 Komentar untuk " Malaysia hadapi cabaran IS bersama masyarakat antarabangsa "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ