KERAJAAN komited untuk terus mengurangkan kebergantungan terhadap sumbangan pendapatan kerajaan melalui sektor minyak dan gas (O&G).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan akan terus mengurangkan kebergantungan tersebut sehingga di bawah paras 30 peratus.
“Kita telah berjaya mengurangkan sumbangan sektor O&G daripada 40 peratus pada 2009 kepada 36 peratus bagi 2011 dan yang terakhir 31 peratus pada 2013.
“Ini bermaksud kebergantungan kita kepada O&G telah berkurangan tahun demi tahun dan saya percaya kita mampu menangani situasi harga minyak global yang turun naik,” katanya ketika merasmikan Persidangan Teknologi Petroleum Antarabangsa (IPTC) ke-8 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.
Abdul Wahid berkata, bukan kerja kerajaan untuk membuat sebarang spekulasi dalam ke semua pasaran berkaitan harga minyak dan kedudukan mata wang.
“Kerja kami (kerajaan) adalah untuk membina ekonomi yang pelbagai dan berdaya tahan serta mengamalkan fiskal yang konservatif,” katanya.
Sementara itu, Abdul Wahid turut menegaskan inovasi dan kerjasama merupakan elemen penting dalam membuka laluan dan memberi jawapan tenaga mampu milik bagi industri tenaga seperti minyak dan gas.
“Ini kerana permintaan bagi tenaga dalam dunia tidak akan pernah menurun kerana populasi dunia akan terus meningkat dan dijangkakan mencecah 8 bilion orang pada 2030.
“Ini menjadikan syarikat minyak dan pembekal tenaga menghadapi tugas getir dalam memastikan tenaga yang disampaikan pada tahap mencukupi untuk memenuhi keperluan serta merangsang pertumbuhan,” katanya.
IPTC ke-8 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Disember 2014 di KLCC yang melibatkan pemain industri O&G seluruh dunia.

0 Komentar untuk " Kurang bergantung pada minyak, gas "