Kerjasama PAS ,PKR dan DAP - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kerjasama PAS ,PKR dan DAP

"Kebanyakan para pemimpin PAS guna perasaan ketika buat keputusan untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP suatu ketika dahulu.

Mengapa penulis berkata demikian.  kerana penulis ada dengar perkataaan yang berbunyi: “ kalau tak kerjasama dengan DAP dan PKR kita tak boleh menang”.

Benarkah begitu? Kalau begitu asas kerjasama PAS,DAP dan PKR pasti silap besar dari segi Islam, kerana dalam islam ianya tidak lain dan tidak bukan hanya “kerana Allah”.

Tidak dapat dinafikan PAS ketika bekerjasama dengan semangat 46(PRU1990) Kelantan dibawah kerajaaan BN jatuh ketangan PAS atas nama Angkatan perpadun ummah kekal sehingga sekarang ini.

PRU1999 pas menang dan menerintah Terengganu satu penggal.manakala PRU 2013 pas hampir hampir boleh memerintah semula. Demikian juga Kedah (PRU2008) PAS menang dan memerintah selama satu penggal dan gagal mempertahankannya kerana ada pengkhianatan.

Penulis prejudis dengan keputusan tersebut, Hanya Allah subha nahu wataalah sahaja yang boleh memberi kemenangan, bukan manusia atau pengundi rakyat jelata Negara ini.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ( timbalan presiden) mungkin tidak bertuju dengan perasaan itu, kerana itu semua adalah datang dari hawa nafsu yang dilarang oleh Allah Subha nahu wataala.

Yang peliknya, mengapa presiden setuju dan timbalannya tak marah dengan mereka yang mengguna pakai perasaan bisikan setan laknatullah itu.

Barangkali dalam ramai ramai hanya Timbalan presiden seorang sahaja yang tidak senang dengan dengan mereka yang mengguna pakai perasaan seumpama itu.

Kalau tidak mana mungkin boleh buat keputusan bekerjasama dengan DAP yang jelas dan nyata sekali  menentang perlaksanaan hudud yang diperjaungakan PAS selama ini.

Apa boleh buat beliau (Haji Abdul Hadi Awang) hanya ada kepala sahaja.Manakala yang  lain ikut ikutan sahaja.  Mahu tidak mahu kena ikut juga suara ramai dalam mesyuarat. Lebih lebih lagi PAS juga guna pakai demokrasi yang kadang kadang bercanggah dengan ajaran islam

Betul ke ikut suara ramai dalam islam dibolehkan?. Penulis ada baca pendapat ulamak besar bahawa  Islam larang mengikuti suara ramai atau bersetuju dengan suara ramai dalam hatta dalam syura jika ia bertentangan  dengan ajaran islam syumul.

Penulis menggunakan perkataan syumul atas alas an umat Islam terbahagi kepada 73 puak dan satu puak sahaja diterima iaitu yang ikut ajaran Rasulullah SAW.Manakala 72 puak itu adalah sesat dan menyesatkan.

Apa apa pun alasan yang diberi ia sama sahaja “perbankan Islam” di akauan bank bank sekarang, hatta bank Islam sekalipun.

Demikian “tahaluf siasy” yang digunpakai oleh PAS. Apatah lagi sunnah Rasulullah SAW itu ada yang wajib, sunat, makruf dan haram hukumnya.

"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah

0 Komentar untuk " Kerjasama PAS ,PKR dan DAP "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ