Hukum Hudud hanya merupakan isu politik kerana pada hakikatnya ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana Malaysia
KUALA LUMPUR: Gabungan DAP-PKR-PAS harus menilai diri sendiri sama ada ia mahu menguasai Putrajaya atau berterusan memperjuangkan agenda masing-masing.
Profesor Dr Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ketiga-tiganya hanya kuat dan boleh ke depan sekirannya bergabung berbanding berjuang secara sendirian.
Menurutnya, pilihan raya umum ke-14 merupakan peluang terbaik kepada pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya atau ia harus mengucapkan ”selamat tinggal.”
Beliau menjelaskan, hukum Hudud hanya merupakan isu politik kerana pada hakikatnya ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana Malaysia.
”PAS sememangnya akan memperjuangkan Hudud kerana PAS sendiri berasaskan kepada Islam,” tambahnya yang merupakan Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN).
Profesor di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan itu berkata: “PAS tidak boleh melepas perkara itu (Hudud) walaupun sedar ia tidak boleh diimplementasikan.”
Sewaktu diaju soalan mengenai adakah Hudud hanya retorik politik, Dr Jayum menjawab: “Boleh dikatakan begitu, kerana ia hampir dengan retorik.”
“PAS dan DAP harus bekerjasama, dari sejarahnya juga, PAS dan DAP tidak kemana jika bersendiri. Memang nampak DAP dan PAS semacam hebat, tetapi mereka hebat apabila bersatu,” katanya sebagai mengulas kontroversi berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Hudud perlu ditolak jika Pakatan Rakyat ingin memenangi PRU-14.

0 Komentar untuk " DAP-PKR-PAS diminta menilai diri sendiri "