Kejatuhan harga minyak kurangkan kos input - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kejatuhan harga minyak kurangkan kos input

KEJATUHAN harga minyak di pasaran dunia memberi kesan positif kepada peniaga kerana ia boleh mengurangkan kos input, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata, pengurangan kos akan membolehkan barang-barang dipasarkan pada harga yang lebih kompetitif, sekaligus dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan.

"Untuk itu, kita hendak menggalakkan mereka yang berniaga supaya teruskan usaha mereka untuk melebarkan pasaran. Ini kita perlu lihat dalam konteks yang 'balance', bermakna apabila harga minyak jatuh, adalah sesuatu yang positif untuk kos peniaga-peniaga," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai cabaran yang dijangka dihadapi syarikat-syarikat Bumiputera khususnya syarikat kecil akibat kejatuhan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Abdul Wahid berkata, pelaksanaan GST mulai April depan juga seharusnya tidak mendatangkan masalah kepada para peniaga kerana ia merupakan satu bentuk percukaian yang lebih efisen.

"Kalau sebelum ini sebahagian daripada input mereka dikenakan cukai jualan, mereka tidak dapat 'claim' (tuntutan). Dengan adanya skim GST, biasanya cukai GST yang mereka bayar ke atas input mereka, mereka boleh 'claim'," katanya.

GST akan dikuat kuasakan pada kadar enam peratus mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan berkadar keseluruhan 16 peratus, sekarang ini. - Bernama

0 Komentar untuk " Kejatuhan harga minyak kurangkan kos input "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ