Jalan tepat perkukuh ekonomi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Jalan tepat perkukuh ekonomi

KERAJAAN kini melakukan langkah-langkah tertentu dalam mengukuhkan ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding Amerika dan Singapura.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Ir Hamim Samuri berkata, Malaysia bukan kali pertama berhadapan keadaan seperti ini, malah negara mempunyai pengalaman.

"Saya yakin kerajaan akan melakukan sesuatu dan ada tindakan sedang dibuat dan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya selepas Majlis Pelancaran Perdasama Muda Nasional sesi 2014/2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, ekonomi negara masih kukuh kerana trend pelaburan di negara masih positif walaupun berdepan dengan situasi kejatuhan mata wang.

Bagaimanapun, katanya, jika tidak dikawal, ia boleh menjejaskan ekonomi negara.

"Oleh itu, rakyat tidak perlu panik kerana ia boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal seperti membeli barang secara pukal sehingga kekurangan barang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Perdasama Muda Nasional, Feruddin Emir Moehamad Izat Emir berkata, penubuhan Perdasama Muda Nasional dijangka mampu meningkatkan penglibatan golongan muda dalam ekonomi dan perniagaan.

"Kami menubuhkan jawatankuasa baharu bagi 2015 hingga 2017, ke arah melahirkan ramai ikon usahawan dan peniaga daripada golongan muda berumur 18 tahun.

"Kami menjangkakan peningkatan ahli Perdasama Muda Nasional sebanyak 5,000 dalam tempoh 12 bulan akan datang," katanya.

0 Komentar untuk " Jalan tepat perkukuh ekonomi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ