Oleh Idris Ahmad
PAS tetap sabar menerangkan manhaj Islam kepada masyarakat. Suatu ketika dahulu masyarakat menolak fahaman yang mengatakan di dalam Islam ada politik. Yang membawa idea ini, mereka yang mendapat pendidikan agama, menjawat sebagai jawatan imam.
Slogan politik suku, agama suku adalah lumrah di dalam masyarakat. Sehingga timbulnya dua imam khususnya di Terengganu.
Isu dua imam bukan isu PAS atau Umno, tetapi apabila imam mengeluarkan ungkapan yang telah merosakkan akidah, memang wajib tidak boleh berimam kepada orang yang mengeluarkan ucapan yang telah maklum dari segi agama.
ii. Sebagai manusia biasa sudah pasti ada kurang dan ada kelebihan. Kita tidak akan temui pada batang tubuh seorang itu yang tidak ada kecacatan.
Jika kita hendak mencari manusia yang sempurna dalam segala segi, maka kita tidak akan ditemui sehingga kiamat.
Oleh itu railah kelemahan dan kekurangan sahabat kita dalam jamaah. Janganlah kita menghina dan mencerca sahabat kita yang ada kekurangan. Pandanglah diri kita, mungkin kekuatan yang ada kepada sahabat kita tidak ada kepada kita, walau pun satu sudut yang lain kita memandang beliau mempunyai kelemahan.
Inilah nikmat berjamaah.
iii. Terasa penat dan jemu jika buat kerja jamaah bukan kerana Allah. Tetapi kita akan mendapat kemanisan dan sentiasa segar untuk membuat kerja jika matlamat untuk mendapat redha Allah SWT.
Inilah motivasi kerja yang tidak akan mati sehingga dirinya menemui ajal untuk mengadap Allah Azzawajalla.
iv. Sertai PAS bukan kerana marah kepada mana-mana individu parti lawan. Bukan kerana tidak dapat projek. Bukan kerana kalah dalam perebutan jawatan. Bukan kerana masalah peribadi. Bukan kerana hajat tidak kesampaian. Bukan kerana terpengaruh dengan kawan. Bukan kerana hendak berniaga dengan orang PAS. Bukan kerana kagum dengan individu di dalam PAS. Bukan kerana hendak mengisi masa lapang.
Tetapi kita sertai PAS kerana dasar yang hendak diperjuangkan oleh PAS.
v. Oleh kerana manhaj Islam ini segar dan sesuai di dalam semua keadaan. Walau pun memakan masa yang lama untuk difahami oleh masyarakat.
Mungkin pada peringkat awal ia dianggap dagang oleh masyarakat, akhirnya sistem Islam menjadi alternatif yang terbaik kepada masyarakat setelah kegagalan sistem sekular memberi kebahagiaan kepada manusia.

0 Komentar untuk " Inilah nikmat berjamaah "