CheguBard Cabar PKR Saman Jika Lima SD Palsu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

CheguBard Cabar PKR Saman Jika Lima SD Palsu

Anggota PKR yang digantung keahlian, Badrul Hisham Saharin mencabar PKR menyaman beliau jika pendedahan lima akaun bersumpah (SD) yang didedahkan sebelum ini adalah palsu.

“Semua SD dah didedah… kalau palsu senang saja samanlah… tak akan ada yang mengaku berak tengah jalan..,”katanya dalam facebook hari ini.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata demikian ketika menjawab kenyataan seorang aktivis PKR, ‘Sirr Remy’ yang mendakwa pendedahan lima SD yang dilakukan CheguBard itu adalah palsu.

Chegubard menganggap penafian ‘Sirr Remy’ sebagai “penjilat tegar” yang menafikan segalanya meskipun bukti telah dikemukakan.

“Isunya bukan anti sesiapa tetapi PKR khususnya perlu berbeza dari UMNO BN, jangan ada dua set undang-undang berbeza

“Jika dalam hal prinsip asas ini kita boleh kompromi jangan susah susah lawan UMNO… reformasi hanya slogan semata…,” kata CheguBard lagi.

Kenyataan Chegubard disokong oleh ‘Khairooll Anuar Almegat Samm’

“Yang lawak bila minta bukti yang baharu..Bukti yang ada yang dah didedahkan pun masih tak jawab..
Dah la tak siasat..Siap Anwar suruh diamkan mulut supaya jangan serang lagi..,”katanya.

Pada 8 Dis lalu, CheguBard mendedahkan lima ADUN Pakatan Rakyat yang menandatangani surat akaun bersumpah menarik sokongan terhadap Wan Azizah.

Chegubard berkata, lima ADUN tersebut, tiga dari PKR dan dua dari DAP, menandatangani akuan bersumpah itu pada pada 11 September, beberapa hari selepas menytakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Lima ADUN yang didakwa Chegubard ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).


0 Komentar untuk " CheguBard Cabar PKR Saman Jika Lima SD Palsu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ