HUDUD: DHPP vs DAP - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

HUDUD: DHPP vs DAP

Sebahagian daripada pemimpin DAP tentang hudud. Bukan semua. Sebahagiannya memilih untuk mendiamkan diri. Segelintir orang bukan Islam tentang hudud. Bukan semua. Sebahagiannya tak ambil peduli. Yang lain,  neutral. Malah ada yang sokong. Entah-entah mereka merupakan silent majority. Mereka mahu perniagaan mereka selamat. Harta benda selamat. Mereka hanya mahu keyakinan bahawa hudud hanya untuk umat Islam.

Yang tak setuju itu ialah pemimpin DAP. Mereka orang politik. Mereka faham demokrasi. Tak payah ajar. Lainlah kalau mereka kurang diajar. Entahlah sekiranya mereka memang memilih sikap kurang ajar. Bukan mereka tak faham demokrasi. PAS hendak laksana hudud mengikut kerangka demokrasi. Apakah apabila ada cahaya untuk Islam melalui demokrasi maka semua pendokong demokrasi menjadi tidak keruan?

Amat aneh pemimpin DAP tentang hudud kerana mereka tahu hudud tak akan dikenakan untuk bukan Islam. Bagaimana sekiranya agama Buddha dan Kristian mewajibkan penganutnya makan babi setiap hari minggu, tiba-tiba umat Islam bangun menentang. Ketika itu apa kata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

Pendek cerita, ulama PAS boleh terangkan tentang hudud kepada pemimpin DAP dan masyarakat bukan Islam. Tapi sebenarnya sudah ada orang yang tak kurang berkesan untuk menerangkannya dan berhujah dengannya. Orang itu ialah Pemimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Balasubramaniam , Lim Guan Seng, Vincent Lee dan Kumutha Raman sudah boleh ambil peranan itu untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang dan masyarakat bukan Islam. Sewajarnya PAS telah menonjolkan mereka melalui seminar, forum dan menjawab  kenyataan  pemimpin DAP.

Lim Kit Siang tak mati terkangkang dengan hujah Tuan-Tuan  Guru PAS. Tapi mereka mungkin jatuh terkangkang dengan logika Balasubramaniam dan Vincent Lee. Aku bimbang pemimpin Melayu dalam PKR dan DAP malu dengan optimisme pemimpin-pemimpin DHPP. Apa macam?

"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir

0 Komentar untuk " HUDUD: DHPP vs DAP "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ