Gabem sokong peniaga online berdaftar - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Gabem sokong peniaga online berdaftar

SEREMBAN - Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menyokong peraturan mewajibkan semua peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammad Izat Hasan berkata, dengan cara itu, ia bukan sahaja mengelakkan penipuan, malah memberi keyakinan pengguna terhadap peniaga online.

Lebih-lebih lagi katanya, perniagaan online kini sudah mencatatkan peningkatan di negara ini, memandangkan ia tidak memerlukan kos serta modal tinggi menyewa premis atau membayar gaji pekerja.

"Eloklah berdaftar dengan SMM, kalau ada masalah senang hendak cari," katanya.

Beliau bagaimanapun berharap, tindakan itu tidak melemahkan semangat golongan usahawan muda untuk menjana pendapatan menerusi online, sebaliknya merebut peluang yang ada.

“Begitu juga dengan kuasa pembeli, ia mempunyai lebaran sangat luas. Malah, masyarakat di luar negara juga boleh mendapatkan produk dijual.

“Oleh itu, Gabem menasihatkan kepada masyarakat agar menggunakan kesempatan menambah pendapatan menerusi perniagaan online," katanya pada Program Sehenti Gabem di Klana Resort.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, menerusi Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online wajib memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, emel dan nombor telefon di Facebook atau Instagram.

Menurutnya, perkara itu bagi melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu peniaga.

0 Komentar untuk " Gabem sokong peniaga online berdaftar "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ