FAKTA 1: Lim Guan Eng Yang Keliru Atau Mengelirukan Rakyat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

FAKTA 1: Lim Guan Eng Yang Keliru Atau Mengelirukan Rakyat

FAKTA 1

Kenyataan oleh Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider sebagai berkata “tuduhan bahawa kerajaan telah menjual tanah untuk menjana pendapatan tidak benar” (“accusations that the state had been selling land to generate revenue were not true.”)

Jika begitu keadaanya, Ketua Menteri Pulau Pinang ini harus menjelaskan kepada rakyat dari mana datangnya wang untuk dibelanjakan bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri yang meningkat sebanyak empat kali ganda? Adakah hasil daripada cukai taksiran yang dikenakan kepada rakyat?

Malah kenyataan beliau juga bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012 dengan jelasnya menyatakan bahawa Perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat hampir dua kali ganda daripada RM283 juta pada tahun 2008 kepada RM540 juta pada tahun 2012. Hasil tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat daripada RM371 juta pada tahun 2008 kepada RM654 juta pada tahun 2012. Namun hakikatnya, hasil cukai hanya meningkat sedikit sahaja daripada RM110 juta pada tahun 2008 kepada RM116 juta pada tahun 2012.

Ini jelas bahawa pertumbuhan hasil cukai tahunan adalah rendah sedangkan perbelanjaan kerajaan negeri setiap tahun bertambah dua kali ganda. Persoalannya ialah bagaimana kerajaan negeri menguruskan negeri tanpa mengalami defisit dalam bajet?

Jawapannya mudah iaitu melalui hasil bukan cukai.

Dalam jadual 4.13, Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan bahawa “Premium Tanah – Pemberian Hak Milik” telah meningkat 10 kali ganda iaitu RM19 juta pada tahun 2008 kepada RM206 juta pada tahun 2012. Malah, Jadual 4.14 pula menjelaskan berlakunya peningkatan pendapatan kerajaan negeri antara tahun 2011 dan 2012 melalui Premium Tanah iaitu penjualan tanah di Bayan Mutiara melibatkan RM110 juta yang merupakan sebahagian daripadanya ialah pembayaran jualan tanah bernilai RM1.07 bilion yang dilakukan pada awal tahun 2012.

Maka ini menyimpulkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat masa kini adalah bergantung secara langsung dengan aktiviti penjualan tanah secara drastik dan menyokong fakta bahawa stok tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya tinggal 6% sahaja berbanding 18% pada tahun 2008.

Oleh Edwin Michael,
Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman.
0 Komentar untuk " FAKTA 1: Lim Guan Eng Yang Keliru Atau Mengelirukan Rakyat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ