1MDB: MEMAHAMI ISU 1MDB DENGAN LEBIH BAIK. - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

1MDB: MEMAHAMI ISU 1MDB DENGAN LEBIH BAIK.

Baru-baru ini, Tun M, Rafizi dan Lim Guan Eng telah menimbulkan kebimbangan ke atas hutang 1MDB.

Rafizi mengatakan bahawa jumlah hutang 1MDB yang dijamin oleh kerajaan itu adalah RM30billion dan akan menimbulkan ancaman besar kepada kestabilan ekonomi Malaysia dan kesejahteraan rakyat.

LGE juga berkata perkara yang sama seperti Rafizi. Beliau melahirkan kebimbangan bahawa ia akan menjadi sukar untuk membayar hutang yang besar. "Kami takut akhirnya rakyat yang akan menanggung akibat ".

Nampaknya orang-orang ini mungkin tidak memahami sepenuhnya kisah 1MDB.

Pertama sekali, pada akhir Mac 2014, 1MDB mempunyai aset bernilai RM44.7 bilion yang terdiri daripada aset tanah, janakuasa dan penyahgaraman. Ia mempunyai tanggungan RM42.3 bilion (termasuk RM30 bilion pinjaman) dan dengan itu nilai aset bersih yang positif sebanyak RM2.4 bilion.

Selain daripada hartanah utama yang luas, 1MDB memiliki 16 loji kuasa dan penyahgaraman di enam buah negara.

Pastinya aset-aset ini sekurang-kurangnya bernilai, betul? Kebanyakan aset-aset adalah IPP (Indipendent Power producer) yang anda kamu sering rungutkan kerana sangat lumayan tetapi diberikan kepada 'kroni'.

Tetapi sekarang semua IPP ini dimiliki 1MDB dan Rafizi, anda tidak pula memuji 1MDB? Dan kerana semua IPP ini kini milik 1MDB, adakah aset itu kini tiba-tiba menjadi kurang menguntungkan?

Ya, aset-aset ini menjana banyak aliran tunai dan keuntungan, ia pernah menjana kepada 'kroni' dan ia akan berterusan menjana untuk 1MDB.

Keduanya, kerajaan telah berkata bahawa hutang yang dijamin kerajaan sebenar adalah RM5.8billion dan bukan RM30 bilion. Hutang selebihnya adalah dengan cagaran aset - loji kuasa, kilang penyahgaraman dan hartanah.

Dan ada sebab mengapa ia dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Perasankah anda terma BERHAD? Apa maksudnya? Ia bermakna liabiliti terhad - oleh itu terhad kepada aset dimiliki syarikat itu KECUALI terdapat jaminan yang jelas oleh kerajaan, di mana itu tidak pernah berlaku.

Ketiga, 1MDB semakin memantapkan penyenaraian divisyen janakuasanya dan beberapa bulan sebelum ini, ia mendapat 3 lagi projek baru, selain dari 16 loji kuasa yang sudah pun dimiliki. Pada awal tahun ini 1MDB menang bidaan bernilai RM11 bilion untuk projek loji kuasa arang batu 2,000MW yang dikenali sebagai 3B, sebuah projek solar 50MW, dan juga bulan lepas, satu lagi 2,000MW (dikenali sebagai landasan 4A) IPP yang dijana gas.

Oleh itu, aset tenaga adalah lebih berharga sekarang. Adalah dijangka bahawa penyenaraian itu akan membuat nilai aset tenaga di sekitar RM30 bilion sahaja (tanpa pegangan hartanah) dan 1MDB kini mengumpul sehingga AS $ 4.5 bilion (RM14.5 bilion) - meningkat daripada AS $ 3 bilion disebabkan oleh penganugerahan projek IPP baru sebagai sebahagian daripada penyenaraian itu dan akan berterusan memegang baki saham yang masih boleh bernilai berbilion.

Masih belum ada 'juri' yang mengatakan samada 1MDB adalah satu kejayaan atau tidak, tetapi pelabur masih mempunyai minat mendalam mengenainya. http://bit.ly/1nNOy4h

Beberapa pinjaman juga dijamin oleh rakan kongsi asing 1MDB, IPIC yang dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi malah 1MDB menerima naik penarafan kredit oleh Moody's di bulan lepas : http://bit.ly/1owPolX

----
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-says-energy-assets-will-fuel-future-growth-potential

Artikel asal yang diterjemah sebaik mungkin:
https://www.facebook.com/BukanZombie/posts/328484297331347

0 Komentar untuk " 1MDB: MEMAHAMI ISU 1MDB DENGAN LEBIH BAIK. "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ