PADA hari ini, sekolah sedia menggunakan beberapa platform digital untuk pembelajaran, termasuk penggunaan 1BestariNet dan juga komputer riba Chromebook.
Selepas fasa pertama yang melibatkan transformasi 313 buku teks, fasa kedua dijangka hadir bermula 2016 ke 2025 memfokuskan kepada penggunaan buku teks digital interaktif pintar.
Menurut Menteri Pendidikan, melalui penggunaan Smart Interactive Digital Textbook (Buku Teks Digital Interaktif Pintar), pelbagai proses pembelajaran dan pengurusan akan dilakukan secara maya.
Implementasinya dijangka tidak memberikan impak kos kepada ibu bapa, selain pada masa sama akan mengurangkan masalah beg berat yang sering dilaporkan oleh ibu bapa.
Pihak kerajaan juga dijangka meneruskan kajian berkaitan pembangunan infrastuktur dalam memastikan ia terus relevan, serta selari dengan perkembangan kurikulum, pedagogi dan pengurusan keseluruhan bilik darjah dan bilik kuliah pada masa depan.

0 Komentar untuk " Buku teks digital interaktif pintar diperkenal "