Bayar untuk sampah yang dikeluarkan. Itulah yang dilakukan beberapa negara maju termasuk Switzerland di mana masyarakat mempunyai tahap kesedaran tinggi bagi memastikan sampah yang dihasilkan adalah pada kadar minimum.
Di banyak tempat di Switzerland, pembuangan dan kutipan sampah domestik dikenakan bayaran. Lebih banyak sampah dikeluarkan, maka cukai juga lebih tinggi. Justeru, masyarakat di sana sudah terbiasa tidak menghasilkan sampah domestik yang banyak. Antaranya, tidak melakukan pembaziran terutama dari segi penyediaan makanan.
Bukan itu sahaja, pada tahun 2006, lebih lima juta sampah dikeluarkan di negara itu, separuh daripadanya dikitar semula, selebihnya dibakar menerusi kaedah pembakaran insinerator. Sesetengah bahan seperti kaca, kadar kitar semulanya mencecah 95 peratus.
Ini antara usaha yang dijalankan di negara maju bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus dijamin. Bagi negara Kesatuan Eropah (EU) misalnya, menggunakan prinsip empat R (reduce, reuse, recycle dan recover) iaitu pengurangan, guna semula, kitar semula dan memulih, secara agresif dilaksanakan memastikan alam sekitar tidak terjejas disebabkan pembuangan sampah secara berleluasa.
Bukan itu sahaja, negara maju turut mengenakan tindakan keras terhadap pemusnahan hutan secara tidak sah bagi melindungi alam sekitar sekali gus mengekalkan iklim dan sumber alam.
Kerakusan pihak tarah bukit, musnah hutan
Alangkah beruntungnya kita, jika dapat tinggal di kawasan yang penuh kehijauan dengan udara bersih dan segar. Sejak kebelakangan ini, banyak cerita yang kurang enak dipaparkan media mengenai kerakusan sesetengah pihak yang menarah bukit dan memusnahkan hutan untuk kepentingan diri tanpa memikirkan masa depan sumber alam yang akhirnya mengakibatkan pelbagai ancaman kepada bumi termasuk tanah runtuh dan banjir lumpur.
Pemenang Anugerah Langkawi yang juga Pengarah Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Sharifah Syed Abdullah, berkata walaupun tahap kesedaran mengenai alam sekitar semakin meningkat berbanding sekitar sebelum tahun 1970-an ketika Akta Kualiti Alam Sekeliling mula-mula diwartakan pada tahun 1974, namun, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri tanpa memikirkan generasi akan datang.
"Dalam fasa pertama banyak kesilapan dilakukan terhadap alam sekitar. Pihak industri membuang kumbahan tanpa sekatan, pengeluaran udara tercemar, tiada siapa ambil peduli. Kita sibuk dengan pencegahan dan memberikan tempoh kebenaran kepada pengilang antara lima hingga 10 tahun untuk menukar sistem mesra alam sekitar.
"Sekitar tahun 1980-an banyak jelajah jalanan dilakukan bagi mempromosikan alam sekitar. Tindakan menyeluruh perlu bagi mengurangkan tekanan pada peringkat tempatan dan global. Selepas 40 tahun, setiap industri sepatutnya sudah sedar dan dapat mengawal diri daripada melakukan kesalahan alam sekitar yang sekali gus menjejaskan khazanah generasi akan datang," katanya.
Bagaimanapun, realitinya masih ada 30 peratus industri yang masih 'nakal' dan mengelat serta bertindak tamak yang merosakkan alam sekitar, kata orang kuat dalam bidang alam sekitar ini.
Dr Sharifah Mastura yang juga Pengerusi NIC Perubahan Iklim turut melahirkan rasa kecewanya apabila hukuman terhadap kesalahan alam sekitar masih lagi dilihat sebagai ringan kepada pelaku. Buktinya, belum ada satu kes membabitkan pelaku diheret ke penjara walaupun ada peruntukan terhadap undang-undang di bawah akta itu.
Mulakan dengan langkah kecil walaupun hanya menjimatkan penggunaan elektrik dan air, membawa beg hijau setiap kali membeli-belah dan membuat baja kompos daripada lebihan makanan, sedikit sebanyak mampu mengubah masa depan bumi yang dihuni ini, kata Dr Sharifah Mastura.
Menyentuh mengenai Anugerah Langkawi, anugerah alam sekitar tertinggi di negara ini, Dr Sharifah Mastura dipilih kerana sumbangannya dalam bidang alam sekitar sejak 30 tahun lalu.
Memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Jabatan Geografi, UKM hingga menerima jawatan Profesor pada tahun 2000, ibu kepada dua cahaya mata ini sudah menulis 10 buku, lebih 60 makalah akademik dan 80 prosiding serta sering diundang untuk memberi ucap utama dalam bidang alam sekitar.
Selain kerja dan tugas akademik, Dr Sharifah Mastura pernah memegang jawatan Pengarah Biro Rundingan dan Inovasi, Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, dan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Pemegang Kursi UKM-Yayasan Sime Darby
Januari lalu, beliau dilantik sebagai pemegang Kerusi UKM-Yayasan Sime Darby mengenai perubahan iklim. Beliau adalah warga Malaysia pertama memegang kursi itu yang selama ini dipegang oleh tokoh asing. Program berkaitan kerjasama YSD-UKM ini banyak menaja penyelidikan dan pengajaran bagi menangani isu alam sekitar.
Dr Sharifah Mastura sering dilantik menjadi pakar teknikal kerajaan dalam pelbagai urusan dan hal berkaitan alam sekitar sehingga dipilih menjadi panel teknikal dalam menyelesaikan isu persempadanan dalam kes Tuntutan Penambakan Tanah oleh Singapura di sekitar Selat Johor di Tribunal Undang-Undang Laut Antarabangsa (ITLOS), Jerman pada September 2003 dan kes Kedaulatan Pedra Branca/ Batu Putih, Batu Tengah dan Beting Selatan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ), The Hague, Belanda.
Kepakaran Dr Sharifah Mastura membolehkan beliau menjadi pakar rujuk, berkaitan alam sekitar, kepada pelbagai agensi kerajaan, seperti Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran, dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor.
Beliau turut berperanan dalam Kempen Pemuliharaan Alam Sekitar, Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia, bagi menanam semula bakau di sekitar Sungai Pulai. Selain itu, beliau memperkenal khidmat komuniti melalui Program Sekolah Hijau yang ditaja oleh UEM Land, CIMB dan Yayasan Pintar.
Baru-baru ini, beliau menerajui Akademik Rangkaian Penyelidikan Mengenai Kelestarian Minyak Sawit (ARPOS) yang dianggotai oleh 13 universiti tempatan.

0 Komentar untuk " Bayar untuk sampah pendekatan berkesan lindungi alam sekitar "