AKHIRNYA Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut cabaran. Sehari selepas Alvin Tan menulis dalam Facebook, “Jangan hanya mengugut, kalau berani buat sahajalah.
Jangan jadi penakut”, Menteri Dalam Negeri betul-betul menarik balik pasport penulis blog kontroversi itu.
Seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim, Isnin lalu, pihaknya juga telah menyenaraihitamkan individu terbabit dan sekiranya dia mahu balik ke Malaysia, perlu memohon sijil perakuan cemas terlebih dahulu.
Memang cabaran telah disambut, tetapi bagi kebanyakan orang, tindakan ke atas pemblog seks itu sudah terlambat, sudah tidak ada makna walau setengah sen. Penyangak biadab itu kini berada di Amerika Syarikat dan sedang berusaha untuk mendapatkan suaka politik.
Sepatutnya musibat itu tidak dilepaskan dengan mudah. Kalau kita betul-betul bangsa bermaruah dia sepatutnya awal-awal sudah dibicarakan di bawah sekian banyak akta-akta berkenaan. Kalau kita serius, dia sepatutnya sudah lama meringkuk dalam penjara. Tetapi...
Semua orang tahu pemblog bodoh sombong itu sudah banyak kali membuat onar dalam internet. Mula-mula dia menyebarkan melalui YouTube gambar dia dan kekasihnya melakukan aksi-aksi seks.
Semua orang menuduh Alvin tidak siuman @ sewel @ sel-sel otak tidak bersambung. Sebab hanya orang separuh gila sahaja yang rela – malah megah – menayangkan adegan seks sendiri kepada umum.
Setelah mencabar minda umum dengan video lucah, dia dan kekasihnya terang-terang menghina Islam, melalui Facebook. Pada bulan Ramadan, dia mengajak umat Islam berbuka puasa dengan ‘bak kut teh’, sup tulang babi yang menjadi kegemaran sesetengah masyarakat Cina.
Ada gambar dia dan kekasihnya tersenyum menghirup sup babi. Lebih menghina dan menghasut apabila dia meletakkan logo halal Jakim pada gambar di FB itu. Sungguh kurang ajar! Dia boleh gila seks, tetapi jangan keterlaluan mempersendakan kesucian Islam.
Walaupun jelas dipersendakan dan diperlekeh, kita tidak segera bertindak. Memang tahap kesabaran kita terlampau tinggi, atau mungkin kita terlalu lembap.
Akhirnya setelah sekian lama ‘ding-dong-ding-dong’ pemblog sewel berusia 26 tahun itu diheret ke mahkamah, dan pasportnya disimpan oleh pihak mahkamah.
Tetapi, entah ilmu hitam mana yang digunakan, pada Mei tahun lalu dia berjaya mendapat kebenaran sementara – antara 18 Mei hingga 3 Jun – mengambil dokumen penting itu, kononnya untuk satu kontrak kerja di Singapura.
Ternyata kita telah ditipu penyangak seks itu. Selepas mendapatkan pasport dari mahkamah, dia tidak pulang lagi. Walaupun waran tangkap telah dikeluarkan, dia tidak menyerah diri. Tahu-tahu dia sudah berada di Los Angeles, California!
Kita tahu dia di mana, tetapi kita tidak berupaya menangkapnya lagi. Peraturan antarabangsa dan sempadan-sempadan geografi menghalang pihak berkuasa kita untuk membawanya pulang.
Kita ada halangan sempadan wilayah. Tetapi dia menggunakan kemudahan maya tanpa sempadan untuk terus mencaci, memperlekeh dan mentertawakan kelemahan kita. Akhir sekali, melalui Facebook, dia menghina Istana Selangor berhubung penarikan balik gelaran Datuk Seri ke atas Anwar Ibrahim.
Kita pun menjerit dan mengherdik pagi petang siang malam. Semua pihak berasa kesal sangat pada remaja Cina itu. Ada pemimpin parti penuh bersemangat mengutuk penghinaan tersebut, dan menyebut akta itu akta ini supaya pemblog berkenaan dikerjakan cukup-cukup.
Tetapi, segala-galanya sudah terlambat. Katalah apa sahaja kepada Alvin – pengkhianat, penderhaka, biadab, penyangak – dia sudah jauh daripada kita. Sebutlah apa sahaja akta yang ada, baginya undang-undang kita sudah tidak laku dan boleh dipijak, malah dikencingi.
Pasportnya telah ditarik, tetapi apa dia peduli? Akhirnya kita sahaja yang geram tidak keruan. Silap-silap kita pula boleh jadi gila, sedangkan jauh di sana dia terus ketawa. Padan muka kita!
Apa pun ada kesan secara tidak langsung ke atas diri saya dari tindakan KDN itu. Saya menerima beberapa SMS daripada kawan-kawan yang prihatin, juga satu panggilan telefon daripada seorang anggota keluarga: “Apa salah engkau, sehingga pasport kena tarik balik?”
Selain Alvin, ada seorang lagi yang pasport ditarik pada hari sama, namanya – sila baca baik-baik! – Ali bin Abd Jalil. Maka sukalah saya menjelaskan di sini bahawa saya bukan orang yang disebut itu. Saya masih memegang Pasport Malaysia yang sah!

0 Komentar untuk " Apabila kita terlalu berlembut "