Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bakal membentangkan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Undangan Negeri buat pertama kali yang dijadulkan berlangsung dari 24 November hingga 5 Disember depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 November, 2014.
Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) bakal mendapat peruntukan besar dalam Bajet Selangor 2015 yang akan dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu dalam ucapan perasmian Konvensyen Sekolah-Sekolah Agama Menengah Rahfiz Aliran Sains Kebangsaan di Shah Alam berkata, kerajaan negeri memandang tinggi kepentingan pendidikan dalam usaha menjadi negeri pembangunan.
"Dalam rangka belanjawan 2015 antara teras utama yang akan diberi perhatian ialah meletakkan sejumlah peruntukan yang cukup besar dalam aspek pendidikan khususnya di Unisel dan Kuis bagi mengangkat martabat umat Islam," katanya, hari ini.
Azmin berkata, semua aspek pendidikan daripada pra sekolah, sekolah rendah dan menengah perlu dititik beratkan bagi melahirkan warga Selangor berilmu.
"Kerajaan negeri dalam belanjawan 2015 sekali lagi akan memastikan pembangunan yang akan kita bina adalah pembangunan dalam lensa lebih besar yang akan memberi penekanan aspek moral, kerohanian dan agama.
"Kerajaan negeri menyedari tidak ada pembangunan ymapan tanpa kekuatan manusia dengan agamanya. Lebih penting , tidak akan ada negara di dunia mampu membangun sejahtera sekiranya terus berlaku konflik antara agama dan kaum," katanya.
Azmin pertama kali akan membentangkan Bajet 2015 dalam sidang DUN penggal akhir yang dijadulkan berlangsung dari 24 November hingga 5 Disember depan.
Beliau dijangka membelanjakan rizab negeri RM3.3 bilion bagi tujuan pembangunan, berbeza dengan penyandang menteri besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang banyak menumpukan kepada perbelanjaan pengurusan.
Selain pendidikan, sektor perumahan dan infrastruktur termasuk membaik pulih jalan raya yang berlubang serta masalah banjir di Selangor juga dikatakan mendapat peruntukan besar bajet tahunan.
Manakala bagi perbelanjaan mengurus, Azmin bakal mengumumkan pemotongan gaji menteri besar, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco), speaker dan timbalan speaker.
Azmin semasa ucapannya di Gombak bulan lalu berkata, peruntukan Pemberian Penyenggaran Jalan Raya Negeri (Marris) daripada Putrajaya yang berjumlah RM523 juta akan digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah infrastruktur tempatan.
"Di tahun baru (2015) saya tidak mahu lagi ada aduan tentang jalan berlubang, sampah tidak dipungut, longkang tersumbat atau rumput tidak bercantas," katanya. – 18 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/unisel-kuis-terima-peruntukan-tertinggi-bajet-selangor-2015-kata-azmin#sthash.JWZbFWUu.dpuf

0 Komentar untuk " Unisel, Kuis, terima peruntukan tertinggi Bajet Selangor 2015, kata Azmin "