KEBELAKANGAN ini saya dicemuh, sekali lagi, atas penjelasan saya berhubung penggunaan ungkapan ‘We are all ALLAH’s children’ oleh Zainah Anuar, salah seorang anggota Sisters in Islam atau SIS.
Mereka yang mencemuh saya mendakwa bahawa ungkapan tersebut bermaksud ‘Kita semua adalah anak-anak ALLAH’ secara literalnya dan dengan itu dikatakan ianya kata-kata syirik dan menyebabkan yang menyatakannya terkeluar dari Islam.
Saya menjelaskan ianya tidak boleh difahami secara literal dan dalam masyarakat Barat, khususnya masyarakat yang berbahasa Inggeris, kata-kata tersebut bermaksud ‘Kita semua adalah sama, ciptaan ALLAH, milikNya dan dikasihiNya’ dan bukan bermaksud ‘anak’ seperti mana biasanya. Kefahaman saya mengenai apa yang dimaksudkan telah saya perolehi dari penjelasan Zainah sendiri dan juga pengalaman saya dengan masyarakat Inggeris di mana saya telah berada sepanjang 7 tahun.
Namun walau apa pun yang saya nyatakan, yang mencemuh saya terus mencemuh dengan terus mendakwa maksud ungkapan tersebut adalah ‘anak’ dalam erti kata biasa dan mereka berkeras bahawa itulah yang dimaksudkan oleh Zainah tanpa bertanya pada Zainah sendiri apa sebenarnya yang dimaksudkannya. Maka tanpa soal siasat, mereka berpegang kepada andaian dan tafsiran mereka seolah-olah mereka tahu apa yang terdapat dalam hati dan akal orang lain.
Di sinilah timbul masalahnya, apabila kita ingin memberitahu seseorang apa yang dimaksudkan dengan kata-katanya tanpa ingin mendengar penjelasannya mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kata-kata itu. Seolah-olah kita lebih tahu apa yang nak dikatakannya. Dalam bahasa Inggeris ini dinamakan “putting words into some body else’s mouth” atau ‘memasukkan perkataan/maksud dalam mulut orang lain’.
Sebelum saya menulis dengan lebih panjang lagi, biarlah kita rujuk seketika kepada al-Quran berhubung isu ini. Seperti biasa, kefahaman mantap dan jalan keluar dari segala kemelut boleh ditemui di dalam KitabulLah.
Perkataan ‘Abnaa ulLah’ dalam al-Quran.
Dalam al-Quran perkataan ‘abnaa ulLah’ atau ‘anak-anak ALLAH’ boleh ditemui dalam ayat 18 Surah Al-Maidah. Dalam ayat ini ALLAH berfirman;
“Dan berkata orang-orang Yahudi dan Nasrani “Kami anak-anak ALLAH dan dikasihiNya.....”
Kalau dirujuk kepada Tafsir Ibn Kathir yang juga dipetik oleh Dr. Wahbah Zuhaili dalam Tafsir Al-Munirnya, ianya dijelaskan begini:
Mereka berkata: “Kami pengikut Rasul-rasul yang merupakan anak-anakNya, yang dijagaiNya. Tuhan juga mengasihi kami.” Golongan Ahli Kitab mendakwa bahawa ALLAH telah berkata kepada hambaNya Israil (Iaitu Nabi Yaakob), “awak adalah anakKu yang sulung”.
Tetapi mereka menjelaskan maksud kata-kata ini dengan cara yang songsang dan mengubahkan maksudnya. Sebahagian dari Ahli Kitab yang telah kemudiannya memasuk Islam menyanggah kenyataan palsu ini dengan mengatakan “Kata-kata ini hanya mengambarkan kemuliaan dan penghormatan seperti mana kebiasaan dalam cara kata-kata pada ketika itu.”
Orang Kristian mendakwa bahawa Isa berkata kepada mereka “Saya akan kembali kepada ayahku dan ayah kamu”, bermaksud Tuhanku dan Tuhan kamu. Adalah diketahui bahawa orang Kristian tidak mendakwa mereka juga adalah anak-anak ALLAH sepertimana mereka dakwa terhadap Isa.
Sebaliknya kenyataan ini hanya bertujuan untuk mengambarkan hubungan rapat dan keakraban dengan ALLAH. Itulah sebabnya mengapa apabila mereka mendakwa mereka adalah anak-anak ALLAH dan dikasihiNya, ALLAH menyanggah dakwaan mereka pada sambungan ayat yang sama, “Katakan: Sekiranya begitu, mengapa Dia mengazabkan kamu atas dosa-dosa kamu?”
Penggunaan bahasa simbolik atau pun qiasan.
Ulama zaman lampau seperti Ibn Kathir, amat memahami wujudnya bahasa simbolik atau qiasan dalam pertuturan manusia. Istilah dan ungkapan perlu difahami dari sudut maksud penggunaannya dan bukan dari sudut literalnya semata-mata.
Oleh itu dijelaskan, bagi pihak Yahudi dan Nasrani, maksud sebenar kata-kata serta dakwaan tersebut dan tidak diputar belit atau diselewengkan untuk ‘memukul mereka’ dengan lebih teruk lagi. Ini dilakukannya walaupun Yahudi dan Nasrani merupakan musuh tradisi umat Islam.
Dijelaskan bahawa kenyataan ‘abnaa ulLah’ membawa erti kedudukan mulia dan terhormat serta keakraban dengan ALLAH dan bukan bermaksud ‘anak’ secara literalnya. Kecuali, mengikut fahaman orang-orang Kristian, Nabi Isa (AS) yang dianggap ‘anak’ secara literalnya (dan juga sebahagian dari Tuhan mengikut konsep Triniti mereka).
Malahan dalam soal fahaman Kristian, Ibn Kathir menggunakan perkataan “wa ma’lum..” atau pun, “dan diketahui...”, tanpa bercerita panjang lebar kerana ianya sesuatu yang difahami, terang lagi bersuluh.
Sudah pasti kalau mereka anggap orang Kristian kesemuanya sebagai anak tuhan secara literalnya, maka hancur berderailah theologi Kristian yang mendakwa Isa adalah anak ALLAH.
Kerana sekiranya semua Kristian adalah anak ALLAH, maka apa keistimewaan pada Nabi Isa (AS)! Dan theologi mereka bahawa ALLAH mengorbankan anakNya demi menebus dosa manusia tidak akan bermakna lagi! Lagi pun, dakwaan songsang Kristian bahawa Nabi Isa (AS) adalah anak ALLAH adalah bersandarkan kepada kelahiran ajaib Nabi Isa (AS) yang tidak mempunyai bapa dan ibunya seorang dara (virgin Mary).
Adakah orang Kristian semua tidak mempunyai bapa dan ibu mereka masih dara semasa mereka dilahirkan? Kalau tidak dan sudah pasti tidak, atas alasan apa orang Kristian ingin mendakwa mereka semua adalah anak-anak ALLAH secara literalnya?
Yang tidak memahami bahasa simbolik dan qiasan ini, mengikut Ibn Kathir, adalah sebahagian golongan Yahudi yang “..menjelaskan maksud kata-kata ini dengan cara yang songsang dan mengubahkan maksudnya.”
Pengertian ungkapan ‘abnaa ulLah’.
Maka amat jelas, maksud ungkapan ‘abnaa ulLah’ atau anak-anak ALLAH tidak seharusnya difahami secara literal. Orang Yahudi menggelar diri mereka sebagai ‘abnaa ulLah’ untuk membawa erti ‘kaum pilihan (terhormat dan mulia)’ yang dikasihi ALLAH.
Orang Kristian pula menggelar diri mereka ‘abnaa ulLah’ untuk membawa erti golongan yang rapat dengan ALLAH yang dikasihi ALLAH. Kedua-dua golongan tidak mendakwa diri mereka sebagai anak ALLAH secara literalnya.
Maka begitu jugalah dengan penggunaannya oleh masyarakat Inggeris yang malangnya turut diguna pakai oleh golongan SiS, khususnya Zainah Anuar. Ia bukan bererti anak secara literal tetapi, sepertimana saya jelaskan tadi, kata-kata tersebut bermaksud ‘Kita semua adalah sama, ciptaan ALLAH, milikNya dan dikasihiNya’.
Kesesuaian ungkapan tersebut bagi seseorang beragama Islam.
Dalam usaha saya menjelaskan maksud ungkapan berkenaan, saya tidak pernah mempertahankan penggunaannya oleh orang yang beragama Islam.
Sememangnya ianya agak janggal walaupun saya memahami maksud sebenar ungkapan tersebut. Hubungan di antara manusia dan khaliqnya yang digambarkan serapat hubungan anak dan ayah adalah lebih mirip kepada kefahaman Kristian.
Dalam Islam, walaupun kasih terhadap ALLAH ditegaskan, sepertimana juga kasihnya ALLAH terhadap makhlukNya mengatasi kasih ibu bapa sendiri, namun hubungan manusia dengan ALLAH lebih bercorak hamba dan Penciptanya, bukan anak dan bapa. Ini jelas dari ayat dalam al-Quran yang bermaksud :-
“Dan tidak Aku jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk mereka mengabdikan diri mereka (ibaadah) kepada Ku.” (Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56)
Maka sememangnya adalah tidak sesuai dan silap bagi seseorang Muslim menggunakan ungkapan sebegitu kerana ianya tidak tepat dengan kehendak Islam, walaupun difahami ianya tidak bermaksud anak secara literal. Lebih lebih lagi ianya amat mengelirukan sepertimana terbukti melalui kontroversi yang tercetus melalui penggunaannya.
Oleh itu, sekiranya ada yang ingin menyerang dan menyelar Zainah atas penggunaan ungkapan tersebut, maka serang dan selarlah sepuas-puas hati kamu, tetapi atas ketidaksesuaian dan ketidaktepatan ungkapan tersebut, bukan atas kononnya beliau mendakwa dirinya dan manusia kesemuanya sebagai anak-anak ALLAH secara literalnya. Biarlah serangan dan selaran itu tepat dan adil terhadap dirinya, seperti yang dilakukan Ibn Kathir dalam tafsirnya dan bukan sebaliknya.
Sekiranya kita menyerang dan menyelarnya atas tuduhan beliau mendakwa semua manusia adalah anak ALLAH secara literalnya, maka kita memfitnah dan menzaliminya. Biarlah kita bertindak adil walaupun terhadap orang yang tidak kita sukai, malahan terhadap musuh kita sekali pun.
Teguran tersasar seorang Datuk.
Ada saya terbaca di dalam Sinar Harian minggu lalu teguran oleh seorang Datuk yang digelar ‘pendakwah bebas’. Maaf saya tak faham apa yang dimaksudkannya melalui tegurannya. Amat jelas bagi saya beliau tidak memahami tajuk yang ingin dikupas.
Datuk tersebut mendakwa ungkapan ‘We are all Children of God’ adalah hasil konsep Triniti, tetapi tidakkah fahaman semua manusia adalah ‘children of God’ (dengan maksud secara literal) menyanggah konsep Triniti? Kerana, bukankah konsep Triniti itu menganggap hanya Nabi Isa sebagai anak Tuhan dan bukan semua manusia?
Ditegur juga pendirian saya berhubung kalimah ALLAH dan penggunaannya oleh orang bukan Islam. Tidakkah dia lihat bagaimana dalam ayat 18 Surah Al-Maidah ini Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah ALLAH juga apabila mereka mendakwa mereka adalah “abnaa ulLah”? Maka sekiranya Datuk ingin menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh yang bukan Islam, adakah Datuk sanggup ‘mengedit’ al-Quran dan ‘membetulkan’ atau ‘menasahkan’ ayat-ayat di mana orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH seperti pada ayat 18 Surah Al-Maidah ini? Dan sememangnya banyak lagi ayat-ayat sebegini.
Maaf, saya tak kenal Datuk dan saya tidak faham hujah Datuk. Ada ke hjjah yang dikemukakan? Atau tuduhan semata-mata?
Khalid Samad
Ahli Parlimen Shah Alam

0 Komentar untuk " Istilah 'anak-anak ALLAH': Pendirian Khalid Samad "