Transgender boleh undang gejala akhlak lebih buruk - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Transgender boleh undang gejala akhlak lebih buruk

SHAH ALAM - Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) melahirkan kebimbangan dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

Pengarah Eksekutif Centhra, Azril Mohd Amin berkata, dengan keputusan itu dibimbangi akan menjadi titik tolak kepada penerimaan amalan-amalan hak asasi liberal Barat yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara kita dan bertentangan pula dengan ajaran-ajaran agama Islam.

Menurutnya, perkara ini menjadi sesuatu yang menggusarkan apabila penghakiman itu tidak mengambil kira sekurang-kurang tiga hal utama yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam merumuskan hujah-hujah penghakiman.

"Hujah-hujah penghakiman yang berdasarkan faham hak-hak asasi manusia liberal Barat khususnya dalam penyebaran ekspresi gender songsang yang menjadi sebahagian penting dalam norma-norma masyarakat Barat dalam konteks sosiobudaya masyarakat Malaysia sangatlah dikesalkan.

"Sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi peranan agama Islam yang menjadi agama persekutuan, sebarang bentuk kebenaran atau penggalakan fenomena ekspresi gender songsang hanya akan mengundang gejala akhlak yang lebih buruk kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, hak asasi manusia seperti yang dilaungkan di Barat bukanlah semesti hak asasi yang patut diikuti di negara-negara yang masih mengamalkan agama seperti Malaysia ini.

"Penelitian terhadap alasan penghakiman Mahkamah Rayuan menunjukkan bahawa pernah ada yang diputuskan mahkamah-mahkamah asing, antaranya Mahkamah Agung India dalam National Legal Services Authority v Union of India and Others dan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dalam Tinker v Des Moines Independent Community School District, telah diambil dan diguna pakai, hampir secara in-toto, bagi memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai bercanggah dengan perlembagaan dan hak asasi.

"Sedangkan negara seperti India dan Amerika Syarikat tidak mempunyai agama persekutuan seperti di Malaysia," katanya.

Related Post

0 Komentar untuk " Transgender boleh undang gejala akhlak lebih buruk "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ