PINJAMAN menerusi perbankan Islam tidak membebankan peminjam, sebaliknya mereka lebih untung berbanding meminjam dari perbankan konvensional.
Pengarah Kumpulan Shariah dan Perundangan Islam CIMB Islamic Bank Berhad, Abdul Ghani Endut berkata, kadar dikenakan perbankan Islam di negara ini, rata-ratanya jauh lebih rendah daripada pasaran semasa.
Menurutnya, IA berbeza dengan perbankan konversional yang mengenakan kadar lebih tinggi.
“Untuk itu, peminjam tidak akan rasa beban. Walaupun lewat pembayaran sekali pun, ia hanya dikenakan caj rendah tidak seperti perbankan konvensional yang mengenakan caj berlipat kali ganda.
“Melihat kepada aspek itu, ia menjadi faktor pertumbuhan positif perkhidmatan perbankan Islam kerana memberi manfaat lebih besar kepada masyarakat,” katanya ketika Simposium Muamalah Islam sempena Program Celik Muamalah peringkat Negeri Sembilan di Dewan Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, semalam.
Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan CIMB Islamic, itu dihadiri kira-kira 150 tetamu dan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Datuk Redza.
Sementara itu, Abu Ubaidah berkata, perkembangan sistem kewangan Islam begitu pesat di negara ini dan memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk memilih satu sistem selari dengan syariat agar, sekalis gus menghindarkan diri mereka daripada terlibat riba.
“Di sebalik kejayaan itu, peratusan pengguna yang memilih perbankan Islam masih ketinggalan berbanding perbankan konvensional," katanya.

0 Komentar untuk " Perbankan Islam lebih untungkan peminjam "