ADA persamaan antara pemilik judi haram dengan GRO: Keduanya bijak memperlekeh pihak berkuasa. Fakta yang amat jelas lagi diakui ialah kegiatan judi haram dan gadis pelayan pelanggan kerap menewaskan polis dan agensi penguat kuasa.
Terkini polis terus kecundang dalam usaha memerangi judi haram. Gerakan besar-besaran ‘Ops Dadu’ untuk membanteras dan menghapuskan premis judi haram di seluruh negara ternyata kantoi.
Seperti yang diakui Timbalan Pengarah Bahagian Pertubuhan Haram, Perjudian dan Maksiat (D7), SAC Roslee Chik operasi seminggu itu mencapai kadar kejayaan hanya 2 peratus. Ulang sekali lagi: hanya dua peratus!
Perangkaan Bukit Aman menunjukkan operasi yang dilancarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar 26 Oktober lalu telah mengadakan 9,663 serbuan ke atas premis judi haram di seluruh negara.
Amat mengecewakan dari sebegitu banyak serbuan dilakukan, hanya 168 berjaya dengan penangkapan suspek dan rampasan peralatan perjudian. Pencapaian 2 peratus itu sekiranya dalam peperiksaan sekolah dianggap bukan sahaja gagal, tetapi haprak.
Bayangkan ribuan pegawai dan anggota PDRM bekerja keras siang malam melakukan hampir 10,000 serbuan, yang berjaya hanya 168. Premis-premis lain gagal dimasuki sebab ditutup rapat.
Ertinya tuan punya sarang judi haram itu dapat menghidu gerakan polis, dan cepat-cepat menutup premis. Pasukan penyerbu tidak boleh memasuki premis yang ditutup, kecuali terlebih dahulu mendapat waran dari mahkamah.
Pendek kata tauke judi haram telah mendapat maklumat awal mengenai serbuan yang hendak dilakukan. Pemberi maklumat kepada tauke-tauke haram itu disyaki adalah dalam kalangan polis sendiri.
Seperti yang diakui Datuk Zubaidah Md Ismail, Pengarah Jabatan Integriti Bukit Aman: “Pemberi maklumat itu mungkin anggota polis yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Kita akan bertindak ke atas mereka sebab ini melibatkan keyakinan awam terhadap pasukan kita.”
Dari 168 serbuan yang berjaya itu, polis telah menahan 600 orang suspek. Serbuan itu juga berjaya merampas 3,453 mesin atau komputer yang telah diubahsuai untuk perjudian, juga RM37,940 wang tunai dipercayai digunakan untuk kegiatan haram.
Statistik polis mengenai suspek judi haram yang ditahan sejak tiga tahun kebelakangan ialah 2012 (32,134), 2013 (25,242) dan sehingga Oktober 2014 (18,099). Peralatan yang dirampas ialah 2012 (134,817), 2013 (90,114), 2014 (141,242).
Perjudian haram yang menyemarak di seluruh negara bukan rahsia lagi. Umum tahu kewujudannya telah menjana pendapatan haram kepada pemiliknya bernilai RM bilion. Sebab itu semua orang lega apabila polis berazam untuk melumpuhkan judi haram secara besar besaran dalam ‘Ops Dadu’.
Ternyata ops tersebut gagal. Tauke judi haram lebih bijak dan proaktif dengan memberi umpan dan habuan kepada mana-mana anggota dan pegawai polis yang rela menjadi pemberi maklumat.
Gah macam mana pun sesuatu operasi dan peperangan, pasti tidak akan berjaya, sekiranya ada pembelot. Maka pembelot itulah yang terlebih dahulu perlu dibersihkan dari pasukan.
GRO pun macam judi haram. Awal-awal mereka sudah memperdaya pihak berkuasa. Ramai-ramai mereka masuk ke negara ini secara sah menggunakan dokumen perjalanan sebagai pelancong. Mereka tidak melancong, sebaliknya melacur.
Usaha memerangi gadis pelayan ini tidak pernah berjaya. Agensi-agensi terlibat, termasuk polis dan pegawai penguat kuasa PBT tidak habis-habis melancarkan serbuan terhadap pusat-pusat hiburan yang menjadi sarang gadis pelepas nafsu ini.
Pihak berkuasa kita hanya berjaya menangkap GRO, berlori-lori, setiap hari masuk TV. Tetapi kita gagal membanteras pelacur dari luar ini.
Angkutlah berapa lori pun, mereka datang semula berlori-lori juga.
Selagi ada sarang tempat hinggap, selama itulah kita gagal memerangi GRO. Masalahnya ialah kita gagal bertindak tegas ke atas pemilik pusat-pusat hiburan.
Ada pusat hiburan telah berpuluh kali dikenakan kompaun atas berbagai-bagai kesalahan, termasuk menyediakan GRO dan menjadi pusat dadah, tetapi terus beroperasi.
GRO ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63. Tetapi tidak siapa tahu apa terjadi kepada mereka setelah disiasat.
Mungkin terawang-awang di udara, mungkin juga tenggelam dalam lautan.
Tauke GRO sama bijak macam tauke judi haram. Masing-masing pandai memberi habuan!

0 Komentar untuk " Tauke judi, GRO lebih bijak "