DI MANA-MANA sahaja, kita akan dapat melihat banyak isu pelanggaran integriti dan etika. Setiap hari ada sahaja berita mengenai rasuah dan penyelewengan. Tidak kurang juga kisah pihak yang tidak amanah seperti membocorkan soalan peperiksaan, penguat kuasa yang dirasuah oleh pembalak haram dan pihak yang ingin lari daripada cukai. Kisah tidak berintegriti dan beretika ini boleh berlaku dalam semua bidang termasuk dunia penerbitan, penulisan dan penyelidikan. Misalnya memplagiat artikel penulis lain dengan tidak langsung memberi sebarang kredit kepada penulis asal.
Ada juga yang tidak beretika apabila tanpa segan silu terlibat dalam ‘boncengan gratis’ dengan mengakui sesuatu penulisan itu hasil kerjanya walhal tidak menyumbang terhadap kerja-kerja penulisan tersebut. Mereka ini terlalu mendambakan namanya disebut, dipuji dan dijulang sampaikan nilai-nilai etika sanggup dicerobohi. Umum ditipu dengan helahnya seumpama ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’.
Sebab itulah, isu integriti dan etika ini cukup ditekankan dewasa ini. Malah, semasa menjalankan kajian mengenai etika dan rasuah bersama rakan-rakan, Zaleha Othman dan Fathilatul Zakimi, rata-rata responden kami melibatkan tokoh akademik dan korporat mencadangkan agar setiap kursus di Institut Pengajian Tinggi ditekankan dengan elemen integriti dan etika.
Kedua-dua isu ini juga amat ditekankan dalam ajaran Islam. Malangnya, umat Islam tidak dapat menunjukkan imej yang baik kepada bukan Islam apabila mereka sendiri terjebak dengan pelbagai isu pelanggaran integriti dan etika. Memburukkan lagi keadaan, umat Islam itu sendiri berpecah-belah sehingga berlaku label-melabel orang lain sebagai tidak Islamik dan hanya diri sendiri sahaja yang Islamik.
Umat Islam dahagakan idea yang terbaik untuk dilaksanakan dan berbicara perkara yang boleh mengangkat kegemilangan umat Islam. Bukannya terjebak dengan kejumudan persengketaan sesama sendiri melalui fitnah yang bertebaran tidak kira mangsanya. Sebab itulah mudah sahaja musuh-musuh Islam berseronok melaga-lagakan umat Islam tanpa perlu pun mereka memerah keringat.
Yang menghairankan, ada pula umat Islam yang turut serta mengambil bahagian membantu musuh-musuh Islam membangkitkan isu-isu yang telah lama dibincangkan dan diselesaikan oleh cendekiawan-cendekiawan Islam semasa zaman Kegemilangan Islam dahulu.
Siapa kita ingin mempertikaikan ilmuwan-ilmuwan Islam ini? Adakah kita lebih bijaksana berbanding tokoh-tokoh dan alim ulama Islam yang banyak berjasa semasa zaman kegemilangan Islam? Banyak lagi isu melibatkan umat Islam yang perlu dihadapi dan bukannya bercakaran mengikut lenggok dan telunjuk musuh-musuh Islam, kononnya mengikut arus kemodenan.
Percakaran ini sampaikan ada yang tergamak mengaibkan orang lain dengan apa cara sekali pun dengan menggunakan teknologi terkini seperti memberi gelaran buruk kepada mangsa. Inilah silapnya sedangkan akhlak itu amat penting dalam memberi imej dan mesej yang baik kepada bukan Islam. Ini kerana Islam bukannya sekadar retorik. Islam meliputi semua aspek kehidupan manusia termasuklah dalam kewangan Islam.
Dalam hal ini, titah ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa Forum Islam Dubai 2014 tempoh hari, ada menyentuh mengenai integriti dan etika dalam kewangan Islam. Baginda bertitah bahawa usaha berterusan perlu dilakukan untuk memastikan integriti aset-aset Islamik. Ini bukan setakat berdasarkan kebenaran mengikut prinsip pelaburan yang baik tetapi juga memuliakan nilai-nilai etika yang diajar oleh Islam sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT.
Sememangnya setiap kali Sultan Perak menyampaikan titah ucapan, ia mencerminkan kesarjanaan baginda sebagai pemimpin Islam masa kini yang mengetahui dan memahami keadaan sebenar yang berlaku di dunia amnya dan umat Islam, khususnya. Dicadangkan mana-mana pihak membukukan titah ucapan Sultan Perak agar dapat dibaca, dihayati dan diguna pakai oleh rakyat Malaysia terutamanya umat Islam itu sendiri.
Sesuatu yang tidak boleh dinafikan sama sekali, agama Islam cukup menitikberatkan urusniaga perniagaan dan kewangan yang adil bagi menegakkan keadilan sosial. Ini teras dalam sistem kewangan Islam. Bukannya dengan cara menipu dan memporakperandakan urusan perniagaan, perbankan dan kewangan. Jauh sekali diselewengkan demi untuk memenuhi nafsu segelintir pihak bagi mengaut keuntungan peribadi dengan cara menafikan hak masyarakat kebanyakan.
Kita boleh lihat bagaimana korupnya sistem perbankan dan kewangan barat yang mana atas prinsip kerahsiaan, penipuan dilakukan sewenang-wenangnya. Maka, sudah terdapat pihak yang mempertikaikan undang-undang kerahsiaan yang melibatkan institusi perbankan dan kewangan acuan barat.
Undang-undang ini telah menyebabkan negara seperti Switzerland sebelum ini menjadi lubuk untuk melarikan cukai dan seterusnya mendapat perlindungan daripada mendedahkan akaun-akaun bank penyangak kepada pihak berkuasa.
Dalam masa barat melaung-laungkan ketelusan, undang-undang lapuk sebegini mencerminkan betapa hipokritnya mereka. Menurut ahli ekonomi yang pakar dalam penipuan fiskal, Gabriel Zucman, dianggarkan sebanyak RM23.68 trilion telah disembunyikan oleh penyangak sebegini di seluruh dunia. Satu jumlah yang cukup besar yang boleh menjejaskan pendapatan setiap kerajaan di dunia. Selepas terhantuk barulah terngadah, kini, barat berusaha untuk memastikan era kerahsiaan dalam institusi perbankan acuan mereka berakhir.
Ini baharu membicarakan satu elemen sahaja dalam sistem perbankan dan kewangan acuan barat yang jauh berbeza bagai langit dengan bumi berbanding kewangan Islam. Belum lagi disentuh hal-hal lain seperti produknya yang menindas golongan bawahan. Semuanya ini kerana hilangnya integriti dan nilai-nilai etika serta akhlak dalam sistem yang dikuasai oleh segelintir pengamal industri perbankan dan kewangan barat.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/integriti-dan-8232-kewangan-islam-1.21255#sthash.BkYLlaa7.dpuf

0 Komentar untuk " Integriti dan kewangan Islam "